• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salah Faham Isu Beri Zakat Bukan Islam – Mufti Perlis

oleh
05/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Masyarakat didakwa khilaf dalam memahami pemberian wang zakat kepada golongan bukan Islam seperti diputuskan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis sejak 2017.

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, berkata fatwa itu diputuskan selepas mengambil kira pendapat dalam kalangan ahli fekah dan bukan fatwa rekaan baharu.

“Kitab fekah sejak dahulu sudah menyebut perkara ini dan paling mudah di zaman ini boleh dibaca adalah kitab Fiqh al-Zakah karangan Dr. Yusof al-Qaradawi.

“Beliau antara yang menyokong pendapat (pemberian wang zakat kepada orang bukan Islam).

“Penentuan kadar zakat dan siapa yang berhak menerimanya ditentukan oleh ulil amri atau pemerintah yang mengurus zakat, bukan ditentukan pihak bukan Islam.

“Pastinya ulil amri itu bijak dalam urus tadbir pembahagian, maka tidak perlu ada kerisauan dalam hal ini,” katanya menerusi kenyataan di akaun Facebook DrMAZA.com, malam tadi.

Sebelum ini, Mohd Asri dalam kuliah di Masjid Alwi antara lain menyebut, Perlis adalah satu daripada negeri yang meluluskan fatwa membolehkan wang zakat diberi kepada bukan Islam mengikut asnaf ‘muallafah qulubuhum’, iaitu golongan yang ingin diharmonikan sikap dan persepsi mereka terhadap Islam.

Beliau dilaporkan berkata, golongan bukan Islam layak menerima bantuan dengan syarat ditentukan oleh pemerintah.

Mengulas tujuan pemberian zakat kepada masyarakat bukan Islam, Mohd Asri berkata, ia bertujuan melembutkan jiwa orang bukan Islam kepada ajaran Islam yang baik dan harmoni, selain sebagai agenda dakwah.

“Ini dakwah yang berkesan dan zakat itu bukan sahaja dalam bentuk wang, malah boleh juga berbentuk makanan, bantuan ubatan dan seumpamanya.

“Contohnya, apabila pihak pengurusan zakat membantu mangsa banjir atau kebakaran, mungkin dalam kalangan mereka ada orang bukan Islam.

“Tidak wajar jika mangsa beragama Islam menerima makanan atau bantuan manakala mangsa bukan Islam tidak diberi bantuan sama.

“Ia memberi persepsi buruk terhadap Islam dan tidak mencerminkan sifat Islam yang merahmati semua pihak,” katanya. – BH Online

Tags: bukan IslamfatwaMohd Asri Zainul AbidinMufti Perliswang zakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd