• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tawar Air, Bas Sekolah Percuma Tahun Depan

oleh
04/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak bercadang untuk memperkenalkan program air percuma yang dianggar memberi manfaat kepada 600,000 akaun isi rumah di seluruh negeri ini, bermula tahun depan.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata di bawah program itu, setiap isi rumah dari kawasan bandar dan luar bandar, akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama dalam bil air bulanan mereka.

“Ini akan melibatkan peruntukan berjumlah RM40 juta,” katanya semasa membentangkan Rang Undang-undang Perbekalan (2020) pada persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi negeri, berkata kerajaan juga bercadang untuk memperkenalkan bantuan khas bagi penjagaan selepas bersalin dengan pembiayaan berjumlah RM18 juta diperuntukkan tahun depan sebagai bantuan tambahan kepada kalangan ibu untuk meringankan bebanan mereka selepas melahirkan anak.

“Setiap ibu akan menerima RM450 berkuat kuasa 1 Januari 2020,” katanya, dan menambah, ini adalah sambungan kepaa insentif yang diumumkan dalam Belanjawan Negeri 2019, yang mana setiap bayi Sarawak yang baru dilahirkan akan menerima RM1,000,” katanya.

Selain itu, Abang Johari berkata kerajaan negeri turut merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan bas sekolah percuma tahun depan bagi keselesaan pelajar dari sekitar Bandaraya Kuching untuk pergi dan balik sekolah.

Katanya perkhidmatan itu, berdasarkan konsep ‘hop-on hop-off’, dan pelajar boleh menaiki bas dari mana-mana tempat di sepanjang laluan bas dan kemudian turun di sekolah masing-masing.

“Idea ini timbul kerana kami mengambil maklum beban kewangan yang dihadapi keluarga berpendapatan rendah di kawasan luar bandar dalam menangani kos pengangkutan ke sekolah.

“Selain itu, perkhidmatan ini akan turut membantu menyuraikan kesesakan lalu lintas di kawasan bandar. Ini akan menjadi inisiatif perintis kami dan akan diperkenalkan di bandar raya lain di Sarawak yang padat dengan penduduk, apabila diperlukan,” katanya.

Beliau berkata bagi membantu siswazah anak Sarawak yang berdepan kesukaran membayar balik Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, kerajaan negeri akan memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi mengusahakan mekanisme terbaik untuk membantu mereka yang memerlukan.

Tags: air percumabas sekolah percumabelanjawan sarawak 2020
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelantan Umum Air Percuma Sepanjang Ramadan

31/03/2022
0

DUN KELANTAN l Kerajaan negeri mengumumkan pengecualian bayaran bil air kepada pengguna di Kelantan tetapi hanya melibatkan bil yang tidak...

Rakyat Sarawak Nikmati Air Percuma Bermula Januari

16/12/2019
0

KUCHING - Setiap isi rumah di Sarawak akan menikmati air percuma bagi RM5 pertama bil air domestik bersamaan dengan kira-kira...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd