• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tutup Semua Lorong Tambah Nilai Selasa Depan

oleh
02/11/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menamatkan perkhidmatan tambah nilai ‘Touch ‘n Go’ di semua lorong keluar di plaza tol Wilayah Utara dan Selatan mulai 5 November ini.

PLUS dalam kenyataan hari ini berkata, langkah tersebut dilakukan bagi mengurangkan kesesakan ekoran aktiviti tambah nilai di semua plaza tol di Wilayah Utara (antara Hutan Kampung dan Ipoh Utara) dan Wilayah Selatan (antara Seremban dan Skudai).

“Berdasarkan statistik, dianggarkan lapan peratus daripada 253,000 trafik harian di Wilayah Utara dan sembilan peratus daripada 189,000 trafik harian di Wilayah Selatan menggunakan perkhidmatan tersebut.

“Ini menyumbang kepada kelewatan yang tidak sepatutnya berlaku ekoran pengguna yang kekurangan baki menyebabkan mereka terpaksa menambah nilai di lorong keluar.

“Secara puratanya, setiap kali proses tambah nilai akan mengambil masa tiga minit,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, pusat khidmat pelanggan dan lorong tambah nilai di lorong masuk plaza tol terpilih masih disediakan dan beroperasi seperti biasa.

Justeru, pengguna dinasihatkan merancang perjalanan dan memastikan kad Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi sebelum memasuki lebuh raya.

“Terdapat lebih 11,000 kemudahan tambah nilai di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), stesen minyak, kedai serbaneka, hentian rehat dan pusat beli belah,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu juga menyebut PLUS juga bekerjasama dengan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. bagi memastikan kiosk ‘Touch ‘n Go’ beroperasi dalam keadaan baik setiap masa.

Tags: lorong tambah nilaiplaza tolPLUSTouch 'n Go
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd