• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khazanah Tidak Berminat Jual PLUS

oleh
30/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dana kekayaan berdaulat negara, Khazanah Nasional Bhd. tidak berminat untuk menjual PLUS Malaysia Bhd., syarikat konsesi lebuh raya terbesar di Malaysia.

Pengarah urusannya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata, Khazanah yang memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS mengekalkan pendiriannya untuk tidak menjual pegangannya dalam PLUS.

“Kami tidak berminat untuk menjual aset tersebut dan kami sebenarnya tidak mendapat apa-apa jenis proses bidaan,” katanya kepada pemberita di luar Sidang Kemuncak Korporat Permodalan Nasional Bhd (PNB) 2019 di sini hari ini.

Shahril Ridza berkata, beliau juga sama seperti Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berpendapat semua tawaran tidak menarik.

“Tun (Dr. Mahathir Mohamad) telah menyatakan bahawa tiada tawaran yang menarik. Oleh itu, saya berpegang kepada (kenyataan) itu,” katanya.

Berita hari ini menyatakan Widad Business Group Sdn. Bhd. telah menaikkan tawarannya untuk memperoleh 100 peratus kepentingan ekuiti dalam PLUS dengan jumlah nilai perusahaan sebanyak RM38.34 bilion.

Ini termasuk RM5.3 bilion untuk kepentingan ekuiti, pengecualian pampasan sebanyak RM3.04 bilion dan andaian hutang sebanyak RM30 bilion.

Tawaran lain untuk PLUS adalah daripada ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad bersama dengan rakan niaga, Datuk Wong Gian Kui yang merancang untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan dalam PLUS dengan nilai RM5.2 bilion.

Maju Holdings Sdn. Bhd., pengendali Maju Expressway juga telah mengemukakan tawarannya untuk memperoleh PLUS dengan nilai perusahaan sebanyak RM34.9 bilion termasuk hutang PLUS kepada pemegang bonnya.

Tags: khazanah nasionalPLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd