• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KBS Sokong Atlet Berpakaian Patuh Syariah

oleh
29/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) menggalakkan atlet negara untuk mengenakan pakaian patuh syariah ketika menyertai apa-apa pertandingan atau kejohanan namun pada masa sama tiada paksaan untuk mereka berbuat demikian, kata Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Beliau berkata, soal pemakaian patuh syariah itu diserahkan kepada pendirian atlet dan persatuan untuk diputuskan dan KBS akan sentiasa menyokong apa sahaja pilihan mereka.

“Pendirian KBS ialah kita akan memberi galakan tanpa paksaan kepada mereka. Jika kita lihat soal prestasi, atlet dan persatuan lebih tahu apa yang terbaik untuk mereka.

“Sehubungan itu, kementerian akan sentiasa berdiskusi dengan mereka (mengenai pilihan pakaian), kerana kita yakin rakyat Malaysia akan tetap memberi sokongan pada atlet-atlet kita, tidak kira apa pun pilihan pakaian mereka,” katanya pada sesi jawab lisan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang meminta KBS menyatakan rancangan dan usaha memperkenal pakaian patuh syariah bagi semua aktiviti dan pertandingan sukan yang dianjurkan di peringkat domestik serta antarabangsa.

Pada masa sama Syed Saddiq memberi jaminan bahawa kementerian akan memastikan tidak berlaku sebarang diskriminasi terhadap atlet yang memakai pakaian patuh syariah apabila mereka menyertai pertandingan di peringkat domestik dan antarabangsa seperti yang berlaku di sesetengah negara.

“Kita tegas untuk mempertahan pendirian atlet yang memilih untuk memakai pakaian patuh syariah. Kita ambil contoh sebelum ini ada seorang atlet wanita antarabangsa yang didiskriminasi akibat memakai pakaian berhijab, kita jamin perkara ini tidak akan terjadi di Malaysia.

“Kita akan bawa ketetapan ini dan menyuarakan suara kita melalui International Olympic Committee (IOC)… perlu ada rundingan khusus dengan mereka sambil kita mengorak langkah demi masa depan sukan negara,” katanya.

Beliau menjelaskan perkara itu ketika menjawab soalan tambahan daripada Nik Nazmi Nik Ahmad (PH-Setiawangsa) yang ingin tahu sama ada atlet boleh memilih untuk tidak bertanding sekiranya mereka tidak dibenarkan memakai pakaian patuh syariah.

Tags: atletKBSpakaian patuh syariahSyed Saddiq
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

‘Kebenaran Akan Menang’ – Syed Sadiq Luah Reaksi Yakin Selepas Mahkamah Persekutuan Arah Pendakwaan Nilai Semula Rayuan

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yakin 'kebenaran akan menang' meskipun keputusan prosiding rayuan pendakwaan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd