• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyAQSA Kumpul Bukti, Saksi Bantu Pendakwaan Terhadap Israel

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Yayasan MyAQSA (MyAQSA) telah mengumpukan bukti dan keterangan saksi untuk diserahkan kepada pihak pendakwa raya Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) pada hujung tahun ini bagi membolehkan Israel didakwa atas jenayah kemanusiaan.

Menurut Ketua Delegasi Khas MyAQSA, Lukman Sheriff Alias, dalam pertemuan MyAQSA dan ICC di The Hague, Belanda pada Mei lepas, ICC telah menyarankan supaya dikumpulkan bukti dan saksi-saksi yang boleh digunakan untuk mengheret Israel ke mahkamah.

Susulan itu, katanya MyAQSA telah melakukan penyelidikan di tiga kawasan penempatan penduduk Palestin yang paling terkesan dengan kekejaman tentera Zionis pada awal bulan ini, dan mengenal pasti saksi-saksi yang diperlukan untuk pendakwaan.

“Delegasi kami seramai 10 orang telah pergi ke penempatan penduduk di Wadi Al-Hummus, Issawiyya dan At-Tur dalam kawasan Baitulmaqdis dan menghabiskan masa selama tiga hari mengambil keterangan berkenaan aktiviti jenayah kemanusiaan yang dilakukan rejim Israel.

“Lebih 20 mangsa ditemu bual dan keterangan dirakamkan secara terperinci selain gambaran rumah dirobohkan secara zalim, ladang buah zaitun dimusnahkan turut direkod agar dapat dibawa untuk perhatian pejabat pendakwa raya ICC,” kata Lukman yang juga peguam MyAQSA pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MyAQSA Dr. Noorazman Mohd Samsuddin.

Lukman berkata, pihaknya kini sedang menyiapkan laporan lengkap terhadap kunjungan ke Baitulmaqdis itu, yang menurutnya mempunyai bukti dan keterangan yang kukuh untuk mensabitkan Israel atas kesalahan melakukan jenayah terhadap kemanusiaan, satu daripada jenayah yang diperuntukkan dalam Statut Rom, ICC.

Menurutnya juga Israel telah melanggar Resolusi 2334 apabila berterusan membina penempatan baharu kaum Yahudi di tanah milik rakyat Palestin sedangkan resolusi yang diluluskan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 2016 itu jelas menyatakan Israel perlu menghentikan serta-merta semua aktiviti penempatan baharu untuk penduduk Yahudi di bumi Palestin.

Sementara itu, Walid berkata, MyAQSA adalah satu-satunya pertubuhan yang mengambil inisiatif membantu rakyat Palestin untuk mendakwa Israel di ICC.

“Terima kasih kepada MyAQSA, kerajaan dan rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong kami dan kami akan bekerjasama rapat untuk memastikan kejayaan inisiatif ini,” katanya. 

Tags: ICCIsraeljenayah kemanusiaanMyAqsa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

Komander Batalion Israel Dilapor Terbunuh Dalam Pertempuran Di Selatan Lubnan

19/06/2026
0

Oleh Mynewshub LUBNAN _ Israel (IDF) mengesahkan seorang pegawai kanan mereka terbunuh ketika operasi ketenteraan di selatan Lubnan, dalam insiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd