• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan PH ‘Tipu’ Jumlah Defisit Negara – Najib

oleh
24/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) memungkiri janji apabila jumlah defisit negara telah melebihi daripada daripada jumlah yang telah dijanjikan seperti yang termaktub dalam Bajet 2019.

Najib yang meluahkan perkara tersebut di laman Facebooknya berkata, situasi ini amat serius dan perlu diperbetulkan secepat mungkin agar penarafan kredit negara tidak diturunkan taraf dan ekonomi kita tidak bertambah teruk yang sebelum ini kerajaan berjanji defisit untuk tahun 2019 adalah 3.4 peratus.

Menurutnya, defisit tersebut bersamaan dengan penambahan hutang bersih negara sebanyak RM52.4 bilion seperti yang dijanjikan dalam kenyataan media yang dikeluarkan bulan lepas yang sudah pun jauh lebih besar dari defisit 2 peratus dalam rancangan kerajaan BN dahulu.

“Tetapi mengikut data-data terbaru yang dikeluarkan oleh BNM, hutang bersih baru setakat 23 Oktober 2019 ini adalah RM66.4 bilion., bersamaan dengan jumlah hutang langsung negara pada RM807.5 bilion setakat ini.

“Ini bermakna kerajaan PH telah terlebih belanja atau terlebih pinjam sebanyak RM14 bilion (RM66.4 bilion tolak RM52.4 bilion) setakat ini. Ini adalah bersamaan dengan defisit 4.3 peratus iaitu jauh berbeza dengan 3.4 peratus seperti dalam bajet 2019,” tulisnya.

Bekas Presiden UMNO itu berkata, kerajaan PH perlu menjelaskan hutang lama sebanyak RM14 bilion pada bulan November dan Disember tahun 2019 agar defisit yang dijanji itu dapat ditunaikan.

Antara reaksi netizen yang menyokong kenyataan Najib disebabkan beliau mempunyai bukti.

“Itupun jika kerajaan PH tidak menambah satu sen lagi kepada hutang negara pada dua bulan terakhir tahun ini. Dari mana akan datangnya RM14 bilion ini? Lagi banyak dijarah dari Petronas atau dari hasil penjualan aset negara?

“Tak kira dari mana jua pun, situasi ini perlu diperbetulkan dalam dua bulan yang akan datang.Jika tidak, defisit negara kita akan jauh lari dari sasaran dan sudah tentu penarafan kredit kita akan diturunkan serta keyakinan pelabur asing terhadap kita bertambah terhakis. Menteri Kewangan sedar atau tidak?” katanya.

Perkongsian posting Najib kira-kira jam 4 petang tadi kini tular di media sosial dan rata-rata netizen menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib.

Rohana Othman meluahkan memberitahu; “Takut bila baca ini datuk, mana hala tuju negara selepas ini, sama takutnya sekarang ini banyak rakyat yang kurang ajar dan besar kepala macam Malaysia ini mereka dah pegang sepenuhnya.

“Keadaan akan bertambah buruk jika keadaan fiskal terus merosot dan penarafan kredit negara diturunkan. Pasaran saham dan mawa tang akan terus merudum jika ini berlaku,” luah Andy Chuah di Facebook. – Sinar Harian

Tags: Bajet 2019jumlah defisit negaraNajib Tun Razakpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penganalisis: PSB Pesaing Terdekat GPS, Bukan PH

16/12/2021
0

PRN SARAWAK | Parti Sarawak Bersatu (PSB) dilihat sebagai pencabar terdekat gabungan pemerintah, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam pilihan raya...

Kenapa PN Dan PH Kalah Teruk?

21/11/2021
0

Ini sekadar rumusan awal, jangan serius dan sentap pulak. Pertama, mereka ketandusan idea. Tiada tawaran yang benar² boleh menarik perhatian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd