• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IHH Rancang Jual 2 Aset Hospital Di India

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Kumpulan penjagaan kesihatan Malaysia, IHH Healthcare Bhd merancang untuk menjual dua aset hospital di India Selatan kerana perbezaan dengan rakan kongsi tempatan, lapor media di India.

Memetik sumber tanpa mendedahkan namanya, Economic Times berkata pada Rabu, pengendali hospital Malaysia itu berhasrat untuk melupuskan 62.2 peratus kepentingannya di Hospital Continental berpangkalan di Hyderabad dan 74 peratus sahamnya di Global Hospitals kepada rakan kongsi India.

IHH mengambilalih Continental dan Global Hospitals pada 2015 dan telah memperkukuhkan kedudukannya di pasaran penjagaan kesihatan India tahun lepas selepas membeli rangkaian hospital, Fortis Healthcare Ltd.

Kemudahan Continental di Hyderabad mempunyai kapasiti sebanyak 750 katil sementara Global Hospitals menawarkan kira-kira 2,000 katil di bandar Hyderabad, Chennai, Bangalore dan Mumbai.

Menurut laporan berita itu, Gurunath Reddy, pengasas dan pengerusi Continental, berusaha mencari pelabur yang boleh membantu membeli saham daripada IHH, sementara K Ravindranath, pengasas dan pengerusi Global Hospitals, telah berbincang dengan pelabur ekuiti swasta untuk mencapai satu perjanjian.

Tags: hospitalIHH Healthcare BerhadIndia
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd