• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyStandard Dijenamakan Semula Kepada MySAFE

oleh
22/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan menambahbaik sistem MyStandard yang digunakan pakai ketika ini dengan menjenamakan semula sistem itu kepada mySAFE.

Kementerian Perdangangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, penambahbaikan dibuat untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap kepada pengguna.

Menurut kenyataan itu, penjenamaan semula sistem berkenaan membolehkan pengguna menyemak status pendaftaran syarikat, status deklarasi Certificate Of Conformance bagi barangan serta membuat carian mengenai penarikan balik barang dari pasaran, laporan kes-kes kecederaan dan barangan yang dilarang penjualannya.

“Integrasi dengan sistem e-Aduan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna supaya statistik dan data mengenai keselamatan barangan pengguna dan standard barangan diperolehi dan dijadikan rujukan asas dalam menyediakan cadangan dasar mengenai keselamatan barangan pengguna,” demikian menurut kenyataan tersebut.

KPDNHEP berkata, penggunaan aplikasi telefon pintar akan memudahkan pihak industri, pengguna awam serta pegawai-pegawai kementerian berkenaan mendapatkan maklumat atau perkhidmatan daripada sistem itu.

“Penambahbaikan Modul Laporan untuk kegunaan pegawai selaras dengan perubahan yang dicadangkan dan pembangunan sistem mySAFE dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” ujarnya.

Justeru menurut kenyataan itu lagi, sistem berkenaan diharap dapat merealisasikan usaha KPDNHEP dalam memberikan perkhidmatan dan informasi yang berkesan kepada pihak industri dan pengguna umum.

KPDNHEP hari ini melancarkan Sistem mySAFE yang sebelum ini dikenali sebagai MyStandard.

Ia adalah sistem yang dibangunkan oleh Kementerian tersebut sejak Jun 2012 untuk memudahkan pihak industri melaksanakan proses pematuhan terhadap peraturan standard keselamatan mainan kanak-kanak dan bateri primer secara atas talian.

Sistem mySAFE dijangka beroperasi secara langsung menggantikan MyStandard pada November depan dan satu sesi taklimat sistem MySAFE akan diadakan sebelum sistem ia beroperasi.

Tags: KPDNHEPMySAFEMyStandardpenjenamaan semula
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

2,252 Laman Sesawang Disekat Langgar Hak Cipta – KPDNHEP

21/10/2022
0

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membanteras pengedaran cetak rompak secara fizikal melibatkan 531 kes...

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

KPDNHEP Lancar 3 Logo Baharu Barangan Buatan Malaysia

14/10/2022
0

JOHOR BAHRU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melancarkan tiga kategori logo barangan buatan Malaysia yang baharu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd