• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CEO Gojek Dilantik Sertai Kabinet Jokowi

oleh
21/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Gojek, Nadiem Makarim meletak jawatannya untuk menyertai kabinet Indonesia.

Operasi syarikat e-hailing dan pembayaran itu akan dikendalikan oleh dua pegawai kanan untuk menguruskan operasi syarikat bernilai AS$10 bilion itu.

Presiden Gojek, Andre Soelistyo dan pengasas bersama Kevin Aluwi akan menjadi CEO bersama, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Menurut kenyataan itu, syarikat itu sudah pun merancang untuk menghadapi sebarang kemungkinan bagi mengelakkan gangguan kepada operasi perniagaannya.

Makarim, 35, yang ditemui di istana Presiden Indonesia berkata, beliau berbesar hati dilantik untuk bersama kabinet.

Kedudukannya dalam kabinet akan diumumkan oleh Presiden Joko Widodo dalam minggu ini.

Makarim dan Widodo telah bercakap mengenai hala tuju untuk membangunkan Indonesia pada masa depan termasuk modal insan, birokratik, reformasi dan pelaburan.

Media Indonesia telah mengaitkan kedudukan Makarim dalam Kementerian Ekonomi Digital atau Kementerian Pendidikan. – Agensi

Tags: gojekkabinet indonesiaNadiem Makarim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Perintis Bike-Hailing Bermula Januari Depan

05/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Projek perintis perkhidmatan bike–hailing yang juga dikenali teksi motosikal akan dilaksanakan di Lembah Klang bermula Januari depan....

Buat Kereta Terbang, Rakyat Nak Makan Pun Tak Ada

30/08/2019
0

GOMBAK - "Sudah tiba masanya untuk Kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenuhi keperluan rakyat sekiranya tidak mahu menjadi kerajaan sepenggal," kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd