• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Selfie Digantung Sijil, Terjerit-Jerit Tak Kena Tindakan

oleh
20/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Bayangkan nasib seorang graduan yang hanya teruja berselfie secara beradab dan tenang telah dihukum gantung sijil sehingga dua tahun tetapi seorang lagi graduan yang memaki hamun orang lain, terjerit-jerit dan menggunakan plakad di atas pentas majlis konvokesyen sehingga mengganggu majlis konvokesyen dilepaskan oleh pihak berkuasa universiti. Sungguh tidak adil.”

Itu pendapat sinikal pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, Anuar Ahmad Universiti Malaya (UM) tidak akan menarik balik ijazah graduannya, Wong Yan Ke yang membuat provokasi semasa majlis konvokesyennya baru-baru ini.

Beliau membandingkan tindakan yang sama pernah dikenakan terhadap graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Muhammad Hasrul Haris Mohd. Radzi yang digantung sijil diplomanya gara-gara berswafoto di atas pentas konvokesyen pada tahun 2015.

Menurut Anuar, graduan UiTM Lendu, Melaka itu digantung pengajian selepas perbuatannya itu dianggap sebagai tidak menghormati etika majlis konvokesyen.

“Hanya kerana teruja berselfie sebagai gimik beliau adalah lulusan fotografi, beliau telah dianggap mencemarkan majlis konvokesyen sehingga dihukum penggantungan pengajian? Tetapi yang salah tetap salah.

“Seingat saya tidak ada seorang pun ahli politik yang membela beliau, malah masyarakat pada umumnya bersetuju ketika itu supaya beliau dihukum,” ujarnya dalam satu kenyataan di media sosialnya hari ini.

Menurutnya, berbanding kejadian minggu lepas apabila graduan UM, Yan Ke terjerit-jerit dan memaki Naib Canselor UM dengan perkataan rasis di dalam majlis rasmi konvokesyen sangat tidak beradab.

“Sepatutnya beliau juga dikenakan tindakan sebagaimana yang dikenakan pada graduan UITM.

“Tetapi hari ini seluruh rakyat Malaysia menerima satu berita yang mengejutkan. Pihak pengurusan universiti berkenaan mengambil keputusan tidak akan mengenakan apa-apa hukuman yang setimpal dengan kesalahan beliau. Malah beliau telah dilepaskan begitu sahaja,” ujarnya.

Menurut Annuar, keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan disiplin kepada graduan berkenaan jelas menunjukkan isyarat bahawa pihak pengurusan tertinggi universiti berkenaan telah bersetuju dan seolah-olah ‘meraikan’ sikap biadap graduan tersebut.

“Keputusan pengurusan universiti berkenaan juga menunjukkan budaya kebiadapan boleh diraikan dan dibenarkan atas nama kebebasan bersuara walaupun kebiadaban itu dilakukan di dalam sebuah majlis rasmi dan penuh istiadat seperti majlis konvokesyen.

“Keputusan itu juga menunjukkan bahawa pihak pengurusan universiti berkenaan bersetuju dengan pelajar tersebut yang mengatakan bahawa Naib Canselor universiti berkenaan adalah seorang yang rasis dan perkauman kerana Naib Canselor berkenaan telah terlibat dalam menganjurkan Kongres Maruah Melayu pada 6 Oktober yang lalu,” katanya lagi.

Keputusan itu juga sekali gus membuktikan pengurusan universiti berkenaan bersetuju dengan graduan tersebut bahawa Kongres Maruah Melayu adalah satu perhimpunan yang rasis, katanya.

“‘Tahniah’ Wong Yan Ke. Anda hebat. Anda seorang sahaja telah berjaya mengalahkan VC universiti anda,” sindirnya. – MalaysiaGazette

Tags: cinaDAPgraduan biadabUniversiti Malayawong yan ke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

Fundraising Dinner DAP Dapat Sambutan Kuat Masyarakat – Tengku Zafrul

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mendakwa majlis ‘fundraising dinner’ anjuran...

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

Enam MP Bersatu Isytihar Sokong PMX Langgar Mandat Pengundi Tak? – Fadhli Shaari

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari mempersoalkan sama ada tindakan enam Ahli Parlimen Bersatu yang menyatakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd