• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ijazah Graduan Biadap Tidak Ditahan – UM

oleh
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya tidak menahan skrol dan transkrip akademik ataupun menarik balik ijazah Wong Yan Ke yang berkelakuan biadap semasa hari konvokesyen universiti berkenaan Isnin lepas.

Menurut Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah UM, Tengku Datuk Dr. Mohd. Azzman Shariffadeen Tengku Ibrahim, Yan Ke telah dimaklumkan boleh mengambil transkrip akademiknya pada bila-bila masa bermula 18 Oktober.

“Pengedaran skrol dan transkrip akademik secara berpusat dilakukan mulai 12 hingga 20 Oktober 2019. Graduan terbabit telahpun dimaklumkan bahawa transkrip akademiknya boleh diambil pada bila-bila masa bermula 18hb Oktober.

“Graduan juga boleh mengakses dan mencetak skrol atas talian melalui sistem graduand.um.edu.my mulai 21 Oktober 2019,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Tengku Mohd, Azzman, UM memandang serius  tuduhan dan laporan negatif yang bertentangan dengan prinsip-prinsip yang didukung oleh Universiti sebagai sebuah institusi pengajian tinggi dan ingin menjelaskan perkara-perkara yang dibangkitkan.

“Dalam konteks ini, Lembaga Pengarah Universiti berpendapat bahawa matlamat pendidikan bukan hanya untuk menyampaikan ilmu tetapi juga membina sahsiah dan keperibadian seseorang individu agar mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu serta penerapan nilai-nilai murni.

“Universiti Malaya berpandukan kepada matlamat ini dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang digalas. Walau bagaimanapun, untuk mencapai  matlamat  tersebut,  tanggungjawab harus turut sama dipikul oleh para mahasiswa agar potensi diri mereka dapat dibina ke tahap yang paling  optimum,” katanya lagi.

Tambah beliau, UM sentiasa menghormati kebebeasan bersuara setiap individu bagaimanapun hak orang lain juga perlu dihormati.

Dalam kes Yan Ke, lembaga pengarah berpandangan beliau tidak menghormati istiadat dan mencemarkan majlis.

Tindakan beliau juga tidak menghormati graduan lain yang diraikan di samping ibu bapa dan tetamu yang hadir.

“Lembaga Pengarah Universiti amat kesal dengan kejadian yang berlaku dan memohon maaf kepada para graduan, ibu bapa dan tetamu jemputan atas gangguan kepada majlis,” katanya.

Beliau turut menjelaskan mengenai Kongres Maruah Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKMM) pada 6 Oktober lalu sebagai agenda lazim dalam mengangkat penyebaran ilmu dan wacana ilmiah.

“Ia sebuah wacana akademik bagi mengenal pasti, membincang dan mencadangkan resolusi kepada pelbagai cabaran  yang  dihadapi  oleh  orang Melayu hari ini dari aspek politik, ekonomi, pendidikan, budaya dan agama. Usaha ini adalah sejajar dengan objektif penubuhan PKMM.

“Walau bagaimanapun, sejajar dengan matlamat Universiti serta prinsip-prinsip yang didukung, pihak Pengurusan Universiti akan lebih berhati-hati dan melaksanakan ketelitian wajar yang lebih ketat dan dinamik agar program yang disertai mempertimbangkan semua aspek kepentingan negara,” katanya lagi.

Tags: cinaDAPgraduan biadabUniversiti Malayawong yan ke
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

DAP Adakan ‘Mesyuarat Tergempar’ Esok Susulan Tahanan Rumah Najib

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP akan mengadakan mesyuarat esok bagi membincangkan dan memutuskan pendirian serta tindakan susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd