• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rasuah Pihak Berkuasa Boloskan Sempadan Malaysia-Thailand

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan kegiatan penyeludupan yang berleluasa di sempadan Malaysia-Thailand dipercayai turut melibatkan pihak berkuasa.

Penguasa Kanan Audio dan Video, Bahagian Forensik SPRM, Badri Azni berkata, berdasarkan rakaman video yang dirakam sejak 2017 hingga Mei tahun ini, tindakan mereka seolah-olah mendapat keizinan daripada penguat kuasa.

“Sebaik sahaja sudah mendapat kebenaran, kenderaan yang membawa barangan untuk diseludup tiba, sebelum ‘tentera semut’ menuju ke pagar sempadan untuk memulakan aktiviti pemunggahan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM.

SPRM turut mempertontonkan klip video yang menunjukkan bagaimana kegiatan penyeludupan berlaku di Padang Besar, Perlis dan penguat kuasa pula hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan.

“Mereka dipercayai menyeludup keluar barangan bersubsidi seperti minyak masak, bawang, tepung, petrol, diesel dan baja. Kita tidak tolak kemungkinan ketum antara barangan diseludup ke negara jiran.

“Jika di sini (Malaysia) harga daun ketum dianggarkan sebanyak RM18 untuk setiap kilogram, tetapi di Thailand harga pasaran boleh menjangkau RM100 untuk satu kilogram,” katanya.

Badri turut menyiarkan rakaman video yang memperlihatkan kenderaan penguat kuasa hanya melalui kawasan penyeludupan dan aktiviti penyeludupan berhenti seketika bagi memberi laluan kepada kenderaan berkenaan.

“Kenderaan peronda tidak mengambil sebarang tindakan sedangkan perbuatan penyeludupan dan salah itu betul-betul berlaku di hadapan mata mereka,” katanya.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya pula berkata, keseluruhan rakaman video penyeludupan itu sudah diserahkan kepada Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk tindakan lanjut.

“Kita bekerjasama dengan polis untuk ambil tindakan sewajarnya. Ini adalah contoh klasik penyeludupan, jika barangan ini boleh seludup, tidak mustahil dadah, haiwan terancam atau penyeludupan manusia boleh berlaku.

“Kita semua boleh nampak, betapa mudahnya penyeludupan berlaku apabila ada unsur rasuah. Kita juga ingin tunjukkan tindakan penyeludup ini seoalah-olah mereka sudah biasa menjalankan kegiatan,” katanya.

Menurut Latheefa, pendedahan mengenai aktiviti penyeludupan yang berlaku ini disebabkan amalan rasuah yang berleluasa, secara tidak langsung akan menjejaskan ekonomi dan keselamatan negara.

“Kita percaya aktiviti penyeludupan ini turut membabitkan beberapa penguatkuasaan dari agensi, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen dan Majlis Keselamatan Negara,” katanya. – FMT

Tags: PIHAK BERKUASArasuahSempadan ThailandSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd