• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gagal Kawal Perasaan Marah Punca 2 Beranak Dikerat 8

oleh
18/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Marah kepada mangsa dipercayai motif utama kes pembunuhan kejam dua beranak yang ditemukan dikerat sekurang-kurangnya lapan bahagian di Kampung Ladang, Krubong, di sini pada 10 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Shahrul Laili Masduki, berkata siasatan kes berkenaan kini sudah hampir selesai dan pihaknya dalam proses melengkapkan kertas siasatan untuk dihantar ke Pejabat Pendakwa Raya.

“Kes sudah hampir (selesai), selain suspek juga sudah ditangkap. Polis kini sedang melengkapkan kertas siasatan.

“Motif pembunuhan dipercayai kerana rasa marah isu yang ditimbulkan oleh mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Taska Di Tempat Kerja Sektor Awam yang disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Bukit Beruang, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Shahrul Laili, berkata beberapa individu termasuk ahli keluarga lelaki warga Singapura yang juga suspek kes berkenaan dijangka akan dipanggil untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Buat masa ini (ahli keluarga di Singapura) belum dipanggil tetapi kita akan panggil termasuk keluarga suspek untuk melengkapkan siasatan.

“Malah keputusan rasmi ujian saringan air kencing suspek juga belum diterima daripada pihak hospital,” katanya.

Mengenai identiti mangsa, Shahrul Laili menegaskan pihaknya tidak dapat mengesahkannya sehingga menerima keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.

“Kita belum kenal pasti dan perlu menunggu DNA. Kita menunggu laporan DNA untuk sahkan badan yang dijumpai adalah mereka yang dilaporkan hilang,” katanya.

BH sebelum ini melaporkan, polis tidak menolak kemungkinan lapan bahagian tubuh mayat manusia ditemui di dalam semak di Kampung Ladang, Krubong, Khamis, milik dua beranak yang tular di media sosial. – BH Online

Tags: kes pembunuhanmayat dikerat lapan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

Budak 11 Tahun Saksi Kes Pembunuhan Sendiri

14/11/2023
0

NEW DELHI – Seorang budak lelaki berumur 11 tahun hadir di Mahkamah Agung India untuk meyakinkan panel hakim bahawa dia...

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

Pembunuhan Kejam Model Hong Kong Abby Choi, Bekas Suami ditahan

26/02/2023
0

NEW YORK: Empat orang ditahan berhubung kes pembunuhan kejam model dan pempengaruh Abby Choi, selepas sebahagian anggota badan mangsa yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd