• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kursus Masscomm Tak Lagi Jamin Masa Depan Pelajar

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Penasihat Media Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Datuk A. Kadir Jasin berkata, beliau tidak dapat memberi jaminan penuntut yang mengambil kursus Komunikasi dan Pengajian Media mendapat tawaran bekerja dalam industri media cetak.

Nasihatnya, penuntut berkenaan boleh meneruskan sehingga tamat pengajian, tetapi disarankan menyambung kursus lain yang lebih menjamin masa depan mereka untuk mendapatkan peluang pekerjaan.

“Teruskan pengajian dalam bidang komunikasi, tetapi selepas itu sambung belajar kursus lain kerana tidak ada masa depan dalam industri media.

“Kita tidak boleh bernostalgia lagi dengan media cetak. Saya sendiri pun setiap hari baca akhbar, tetapi sekadar muka hadapan, kemudian saya tutup,” katanya sebagai panel Forum Kelangsungan Media Cetak: Mengapa Dilayar Jika Boleh Diterbit” di sebuah resort di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, A. Kadir yang merupakan bekas Ketua Pengarang Kumpulan Akhbar New Straits Times (NSTP) berkata, peralihan zaman menyebabkan orang ramai tidak lagi berminat membaca akhbar.

“Anda tidak pernah cuba untuk membentuk akhbar itu sebagai bahan bacaan, sebab itu anda tidak minat, tidak suka baca akhbar,” katanya.

Beliau turut menjawab soalan peserta mengenai peruntukan RM1.6 bilion kepada Kementerian Pendidikan untuk program pemakanan murid, yang sepatutnya digunakan membeli akhbar.

Soalan itu yang dibangkitkan bekas Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A. Talib, Kadir berkata, peruntukan yang disediakan kementerian itu adalah untuk kesihatan murid.

“Kita tidak boleh persoalkan kenapa peruntukan untuk program pemakanan begitu besar dan elok digunakan untuk membiayai kos akhbar. Ini telah diputuskan dan dipersetujui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).”

Dalam pada itu, Kadir menyatakan hasratnya yang masih mahu media cetak diteruskan, kerana antara bentuk media yang amat memerlukan ialah buku. – MalaysiaGazette

Tags: A Kadir Jasinmasscommmedia cetak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Sebab Mahathir Letak Jawatan?

26/02/2020
0

SHAH ALAM - Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan kerana ada pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih mendengar cakap...

Kadir ‘Ajar’ Otai Reformasi Sejarah Peralihan Kuasa

21/02/2020
0

PETALING JAYA - Wartawan veteran A Kadir Jasin hari ini mengingatkan kumpulan pro-Anwar yang mendesak supaya presiden PKR itu dilantik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd