• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mangsa Maut Nahas Bas Minta Ruang Bertenang

oleh
17/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga mangsa yang maut dalam kemalangan bas di Turki semalam, meminta semua pihak memberi ruang kepada mereka untuk bertenang.

Azhar Miswan, 47, berkata ketika ini keluarga masih terkejut dengan berita kemalangan yang menyebabkan abang sulungnya Azalan Miswan maut manakala kakak iparnya, Wan Faridah Ahmad cedera.

“Sebagai menghormati ibu bapa kami yang masih bersedih, kami berharap semua pihak khususnya media memberi ruang kepada keluarga untuk bertenang.

“Ketika ini, kami masih menunggu keputusan daripada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk tindakan selanjutnya berhubung urusan abang dan kakak ipar saya di sana,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Dalam kejadian 11.35 pagi waktu tempatan semalam, Azalan maut selepas bas yang dinaiki bersama 34 rakyat Malaysia terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia.

Azhar berkata sudah pasti keluarga mahu jenazah abangnya dibawa pulang namun masih menunggu keputusan daripada pihak kedutaan dan PKNS mengenai perkara itu.

Beliau berkata kakak iparnya ada menghubungi keluarga lewat malam tadi dan memaklumkan keadaannya stabil namun tidak sempat bercerita lanjut mengenai kejadian itu.

“Kali terakhir berjumpa abang kira-kira dua minggu lalu dan dia berpesan supaya menjaga kedua ibu bapa kami yang sudah uzur, tiada yang pelik kerana itu pesanan yang sering diingatkannya,” katanya.

Jelasnya, Azalan yang merupakan anak sulung daripada tujuh beradik, mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan, masing-masing berumur 15, 23, dan 26 tahun.

Tags: kemalangan mautNahas BasTurki
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Jho Low Pinda Perlembagaan 1MDB

Next Post

AS, China Diminta Kurangkan Kapal Tentera Di Laut China Selatan

Related Posts

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

Dua Warga Asing Maut Kereta Langgar Lori Buat Pusingan U

23/05/2025
0

MELAKA: Seorang lelaki dan wanita warga asing maut selepas kereta dinaiki mereka melanggar sebuah lori di Lebuh AMJ (Alor Gajah-Melaka...

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

Pelajar Kolej Maut, Rakan Perempuan Parah Motosikal Terbabas

12/05/2025
0

Seremban: Pelajar kolej maut manakala rakan perempuannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka terbabas di KM 223.7 Lebuhraya Utara...

Next Post

AS, China Diminta Kurangkan Kapal Tentera Di Laut China Selatan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd