• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Jualan Aset GLiC Tak Disalur Dalam Akaun Kerajaan

oleh
16/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil penjualan ekuiti syarikat-syarikat awam oleh syarikat-syarikat pelaburan milik kerajaan (GLiC) seperti Khazanah Nasional Berhad (Khazanah), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) tidak disalurkan terus kepada akaun kerajaan.

Sebaliknya, bayaran yang diterima oleh kerajaan daripada GLiC  adalah dalam bentuk dividen tahunan dan cukai sahaja.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelupusan aset-aset oleh GLiC bukan perkara baharu.

Khazanah contohnya melupuskan ekuitinya setiap tahun, termasuk ketika di bawah pentadbiran kerajaan dahulu.

Jelasnya, penjualan ekuiti dipertimbangkan sebaik sahaja sesuatu pelaburan telah mencapai sasaran kewangan dan strategik yang telah ditetapkan.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong yang meminta Azmin menyatakan pecahan jumlah aset negara yang telah dijual termasuk IHH Healthcare Berhad, Sapura Upstream, CIMB Group Holdings Berhad, Acibadem Sigort, Boustead Plantation.

Ka Siong juga bertanya dimanakah hasil penjualan aset negara tersebut sehingga menyebabkan hutang negara tidak pernah turun pada paras yang sepatutnya.

Pelupusan sesuatu aset juga bergantung kepada masa dan kekuatan pasaran serta ketersediaan, kualiti dan kredibiliti pembeli.

“Sepanjang tahun 2009 sehingga April 2018, Khazanah telah melupuskan aset sebanyak 84 kali dengan nilai berjumlah RM46.16 bilion.

“Manakala, di antara bulan Mei 2018 sehingga Jun 2019 sebanyak 22 kali pelupusan telah dibuat dengan hasil pelupusan nilai RM18.76 bilion,” katanya.

Azmin menambah, hasil penjualan aset-aset di bawah Khazanah atau GLiC bagi tempoh Mei 2018 hingga Jun 2019 digunakan oleh entiti-entiti itu bagi tujuan membuat pelaburan baharu atau membayar balik hutang syarikat.

Tags: GLiCkhazanahKWSPMohamed Azmin AliPNB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

Tak Boleh Pindahkan Semua Dividen Ke Akaun 3, Mesti Dikredit Ikut Akaun

28/02/2026
0

SUNGAI BULOH: Agihan dividen yang diumumkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikreditkan terus ke dalam akaun masing-masing mengikut peruntukan undang-undang...

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

Ahli Parlimen Minta PM Benarkan Dividen KWSP Masuk Akaun 3

28/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim sekali lagi menggesa dividen Kumpulan Wang Simpanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd