• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Pindaan SOSMA Tidak Dibentang Tahun Ini

oleh
15/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang pindaan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak akan dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat kali ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Azis Jamman berkata, perkara itu merupakan antara beberapa aspek perundangan yang ingin dikaji semula dan terkandung dalam janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Menurutnya, pihaknya memerlukan masa untuk membawa rang undang-undang pindaan akta itu dibentangkan dalam sidang Parlimen.

“PH dalam janji manifesto kami tahun lepas sudah berjanji untuk mengkaji semula beberapa aspek perundangan termasuk SOSMA.

“Namun ianya tidak akan dibentangkan pada persidangan Parlimen kali ini. Beri kami masa,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian sewaktu diminta mengulas kenyataan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu yang meminta kerajaan menambah baik akta SOSMA tanpa perlu dimansuhkan.

Akta SOSMA menjadi pertikaian sebilangan pemimpin politik kerajaan susulan digunakan polis bagi tindakan penahanan 17 individu dikaitkan dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam(LTTE) termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong berharap pembentangan pindaan RUU SOSMA akan dapat dilaksanakan di Dewan Rakyat pada persidangan Disember ini.

Menurutnya, perkara itu sudah dibincangkan bersama Jemaah Menteri dan pendekatan diambil bahawa SOSMA ada sedikit sebanyak memerlukan pindaan kepada seksyen-seksyen tertentu terutama mengenai tempoh penahanan 28 hari dan akses tertuduh kepada peguam.

“Perkara ini masih dalam proses dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan saya berharap sebaik sahaja selesai, ianya akan dibentang seawal bulan Disember atau tahun hadapan,” katanya.

Tags: azis jammanruu pindaanSOSMA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

SOSMA: Penambahbaikan Bagi Imbangi Keselamatan Negara, Hak Asasi Individu

19/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi...

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

18 Ahli Kumpulan Kongsi Gelap ‘TR’ Ditahan Bawah Sosma

29/05/2024
0

Seramai 18 ahli gabungan lima kongsi gelap dikenali sebagai kumpulan TR ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd