• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sebutan Semula Kes Jual MyKad, Sijil Lahir 29 Oktober

oleh
14/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 29 Oktober ini untuk sebutan semula kes lima individu termasuk seorang penolong pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkaitan pengeluaran sijil kelahiran dan kad pengenalan secara tidak sah dan penjualannya kepada warga asing.

Hakim Norsalha Datuk Hamzah dan Hakim Mazdi Abdul Hamid menetapkan tarikh tersebut untuk penyerahan laporan forensik yang masih belum diperoleh oleh pihak pendakwaan dalam kes melibatkan Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang Mohd Faizul Arifin, 34, Yap Cheng Wah, 43, Loh Chan Cheong, 34, Chien Guan Chai, 36, dan Datuk Lai Chin Wah, 56.

Pada 12 September lepas, kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap 14 pertuduhan di bawah Seksyen 466 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan kerana memalsukan sijil kelahiran dan kad pengenalan atas nama beberapa individu antara Januari dan Mei 2019.

Seksyen 466 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Mohd Faizul diwakili peguam Mohd Hisham Nazir, Chan Cheong dan Cheng Wah diwakili peguam Lee Kean Wooi, Guan Chai diwakili peguam Yusuf Idris manakala Chin Wah diwakili peguam R Sivah Nanthan.

Pendakwaan hari ini dikendalikan oleh Farah Aimy Zainul Anwar dan Shafiq Sazali.

Tags: JPN Pulau PinangMyKadSijil Kelahiran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

13,632 MyKad Alami Cip Rosak Diganti Dalam 5 Hari – Saifuddin

27/09/2025
0

SANDAKAN: Sejumlah 13,632 MyKad yang mengalami kerosakan cip diganti dalam tempoh lima hari di seluruh negara sejak kerajaan mengumumkan kemudahan...

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

Kerajaan Belum Rancang Salur Subsidi Minyak Masak Peket Guna MyKad

17/02/2025
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum merancang untuk menukar subsidi minyak masak peket kepada bayaran tunai melalui MyKad kepada rakyat setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd