• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Perkhidmatan Dikenakan Hotel Dan Restoran Tak Wajib Bayar

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAIPING – Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan hari ini berkata nama caj perkhidmatan yang dikenakan oleh hotel dan restoran wajar ditukar segera agar tidak mengelirukan pengguna apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan mulai 1 April ini.

Antara cadangan nama baru kepada caj perkhidmatan itu ialah caj hotel dan caj restoran, katanya ketika mengulas mengenai caj perkhidmatan restoran dan hotel yang didakwa terlalu tinggi dan seterusnya boleh mengelirukan pengguna apabila GST dilaksanakan.

“Caj perkhidmatan yang dikenakan hotel dan restoran ini kerajaan tidak ambil. Caj itu dipanggil tips dan sepatutnya ia diberi kepada pekerja,” katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira dua jam bersama penduduk sekitar Kampung Larut Tin, di sini menerangkan isu berkaitan GST, Bajet 2015 dan isu semasa yang lain.

Ahmad Maslan turut mengingatkan syarikat yang masih enggan mendaftar di bawah GST bakal berdepan kompaun RM15,000 dan didaftar secara paksaan bermula esok.

“Hari ini sehingga 12 tengah malam ini merupakan hari terakhir untuk berdaftar. Mereka (syarikat) telah diingatkan banyak kali,” katanya.

Sehingga semalam, beliau berkata sebanyak 343,920 syarikat telah berdaftar untuk GST.

“Semalam sahaja sebanyak 18,641 syarikat telah berdaftar secara dalam talian dan saya rasa hari ini mungkin belasan ribu lagi yang akan berdaftar,” katanya.
Sementara itu, Ahmad mengulangi bahawa pelaksanaan GST nanti tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk menaikkan harga barang.

“Terdapat beberapa sebab antaranya Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang dikenakan sekarang lebih tinggi daripada GST, ada sistem ‘kredit cukai input’ dan barang yang banyak digunakan rakyat tidak dikenakan GST iaitu bertaraf sifar ataupun dikecualikan,” katanya.

Katanya, selepas ini beliau akan ke Pahang, Perlis, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang untuk menerangkan isu berkaitan GST, Bajet 2015 dan isu semasa yang lain. – BERNAMA

Tags: Ahmad Maslan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

Permohonan Maaf: Najib Berjiwa Besar – Ahmad Maslan

26/10/2024
0

Pontian : Permohonan maaf secara terbuka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), dianggap...

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

Muhyiddin Guna Aset Kerajaan – Ahmad Maslan

05/10/2023
0

BENTONG : Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan yang terbabit dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd