• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geran Pembangunan Ekosistem 5G Bernilai RM50 Juta

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai RM50 juta sebagai pendanaan peringkat awal bagi menggalakkan pembangunan teknologi oleh syarikat Malaysia untuk menghadapi gelombang perubahan 5G di seluruh dunia.

Selain itu Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan akan memperuntukkan RM25 juta untuk menyediakan dana geran padanan secara bidaan.

Beliau berkata, dana itu bertujuan menggalakkan lebih banyak projek rintis aplikasi digital bagi dron penghantar, kenderaan pandu sendiri, teknologi ‘blockchain’ serta produk dan perkhidmatan lain yang memanfaatkan pelaburan dalam infrastruktur gentian optik dan 5G.

Kerajaan juga akan menyediakan RM20 juta kepada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) untuk memupuk jaguh tempatan dalam menghasilkan kandungan digital khususnya bidang yang sedang berkembang pesat seperti e-Permainan, animasi dan seni digital, katanya ketika membentangkan Belanjawan 2020 di Parlimen hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan menyediakan 50 peratus geran padanan dengan jumlah nilai sehingga RM5,000 bagi satu syarikat untuk mereka melanggan perkhidmatan digital.

Ia bertujuan menggalakkan lebih banyak perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia menerima pakai langkah pendigitalan untuk operasi syarikat, katanya.

“Geran padanan ini berjumlah RM500 juta untuk tempoh selama lima tahun, dan dihadkan kepada 100,000 PKS pertama yang memohon untuk menaik taraf sistem mereka,” katanya.

Tags: 5Gbelanjawan 2020NFCP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua 5G Awal Tahun Depan

Kerajaan Perkenal Rangkaian Kedua 5G Awal Tahun Depan

04/05/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan akan memperkenalkan rangkaian kedua 5G melalui entiti baharu yang akan diwujudkan awal tahun depan dan menukar model...

1,000 Sekolah Bakal Terima Rangkaian 5G

1,000 Sekolah Bakal Terima Rangkaian 5G

17/07/2022
0

KOTA BHARU : Sebanyak 1,000 buah sekolah di seluruh negara akan dipilih untuk menerima kemudahan rangkaian 5G menjelang akhir tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd