• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peruntukan RM297 Bilion Untuk Belanjawan 2020

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Persekutuan memperuntukan sebanyak RM297 bilion atau 18.4% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi Belanjawan 2020.

Daripada jumlah itu sebanyak RM241 bilion atau 81.1% untuk perbelanjaan operasi manakala RM56 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Menurut Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan, daripada jumlah ini, 37.9% diperuntukkan untuk program dan projek di bawah sektor sosial diikuti ekonomi (16.2%), keselamatan (11.3%) dan pentadbiran am (7.5%) manakala baki 27.1% merupakan perbelanjaan tanggungan dan bayaran pindahan.

Tiga kementerian pula menerima peruntukan tertinggi merangkumi 44.6% daripada jumlah peruntukan, iaitu Kementerian Pendidikan RM64.1 bilion, Kementerian Kewangan RM37.8 bilion dan Kementerian Kesihatan RM30.6 bilion.

Kerajaan juga akan memberi suntikan tambahan sebanyak 0.2% daripada KDNK melalui perbelanjaan pembangunan untuk pelaksanaan projek dengan kesan berganda tinggi dan strategik seperti pembinaan landasan kereta api dan jalan raya, menaik taraf sekolah, klinik dan loji rawatan air serta infrastruktur jalur lebar di pinggir bandar.

Perbelanjaan operasi pula dianggar berjumlah RM241 bilion atau 14.9% daripada KDNK pada tahun 2020, meningkat 7% berbanding RM225.3 bilion pada tahun ini tanpa mengambil kira peruntukan tunggakan bayaran balik cukai secara one-off sebanyak RM37 bilion.

Sebahagian besar perbelanjaan operasi disalurkan untuk emolumen yang mencakupi 5.1% daripada KDNK, diikuti perkhidmatan dan bekalan 2.4%, bayaran khidmat hutang 2.2%, bayaran persaraan 1.7% serta subsidi dan bantuan sosial 1.5%.

Tags: bajet 2020belanjawan 2020
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion

12/10/2020
0

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion KUALA LUMPUR: Enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan di bawah...

Jentera Kerajaan Perlu Serius Laksana Belanjawan 2020, PRE

03/03/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya jentera kerajaan mengambil perhatian serius bagi melaksana dan mempercepat pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd