• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

65 Penghuni Apartment Diarah Pindah Akibat Tanah Runtuh

oleh
11/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 65 penghuni Azalea Apartment di Jalan Sri Penchala 1, Kampung Sri Penchala terpaksa dipindahkan berikutan kejadian tanah runtuh di belakang apartmen itu awal pagi ini.

Komander Operasi Bomba dan Penyelamat Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Mohd Zuhair Faisal Zulkifli berkata mereka yang menghuni 24 unit kediaman di apartmen itu dipindahkan sementara ke Pusat Komuniti Taman Tun Dr. Ismail.

Beliau berkata pusat gerakan operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada tengah malam tadi.

“Selepas menerima panggilan seramai 19 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat TTDI digegaskan ke tempat kejadian.

“Setibanya dilokasi kejadian didapati berlaku tanah runtuh di belakang kawasan apartmen terbabit melibatkan kawasan berukuran 30×5 meter dan setinggi 6 meter.

“Anggota bomba kemudian mengarahkan semua penghuni meninggalkan kediaman mereka setelah mendapati bangunan itu tidak selamat diduduki,” katanya ketika dihubungi.

“Pihak polis akan membuat kawalan keselamatan di sekitar lokasi kejadian manakala tiada kemalangan jiwa dilaporkan,” katanya.

Tags: azalea apartmentBombatanah runtuhTTDI
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

Masjid At-Taqwa TTDI Didakwa Diboikot, Isu Pengurusan & Layanan Jemaah Jadi Perhatian

26/02/2026
0

Kuala Lumpur – Satu hantaran di media sosial yang memaparkan suasana lengang ketika majlis iftar di Masjid At-Taqwa Taman Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd