• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Widad Business Group Tawar Ambil Alih Konsesi PLUS

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Widad Business Group (WBG), konglomerat pembinaan dan pengurusan fasiliti bersepadu membuat tawaran untuk menguasai pegangan 51 peratus kepentingan Khazanah Nasional Bhd. di dalam konsesi PLUS Expressway Bhd. (PLUS) pada pertimbangan tunai RM1.5 bilion atau menguasai 100 peratus pegangan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

WBG dalam kenyataan berkata, cadangan pengambilalihan itu telah pun diserahkan kepada Perdana Menteri, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 9 Oktober 2019. Lebuhraya yang terlibat di dalam konsesi PLUS ialah:

  1. Lebuh raya Utara Selatan
  2. Lebuh raya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  3. Jambatan Pulau Pinang
  4. Lebuh raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  5. Lebuh raya Butterworth Kulim (BKE)
  6. Lebuh raya Seremban-Port Dickson (SPDH)

Menurut WBG, pihaknya membuat dua pilihan tawaran iaitu mengambil alih 51 peratus kepentingan Khazanah pada pertimbangan tunai RM1.5 bilion dengan baki kepentingan masih dipegang oleh KWSP dan yang kedua ialah cadangan mengambil alih 100 peratus ke atas kepentingan Khazanah dan KWSP pada pertimbangan tunai RM3 bilion.

Kedua-dua tawaran itu termasuk melupuskan pampasan dari pihak kerajaan berjumlah RM2.7 bilion hasil dari pemansuhan kutipan tol di Plaza Batu Tiga and Bukit Kayu Hitam.

Tawaran tersebut telah mengambil kira tambahan lanjutan konsesi untuk tempoh 20 tahun daripada tarikh tamat konsesi sedia ada.

Dalam hubungan ini kata WBG, pilihan pertama dilihat lebih berdaya maju kerana menjuruskan kepada kerjasama awam swasta sekali gus memupuk budaya keusahawanan dalam pengurusan PLUS.

WBG juga telah mengenal pasti rakan strategik global/pelabur untuk menyediakan dana bagi tujuan pengambillaihan tersebut, selain dari dana dalaman syarikat dan cadangan untuk meraih dana menerusi sukuk MTN dan terbitan ekuiti.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan WBG, Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah berkata, jika syarikatnya berjaya mengambilalih konsesi itu, pihaknya akan mengurangkan kadar tol sebanyak 25 hingga 40 peratus berbanding kadar sedia ada.

“Pengurangan kadar tol ini adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan bebanan kepada pengguna lebuh raya terbabit sekali gus memenuhi manifesto kerajaan dan memenuhi kehendak dasar kerajaan semasa,” katanya.

Selain itu katanya, WBG berhasrat mengecualikan kerajaan daripada membayar pampasan sebanyak RM338.5 juta kepada PLUS yang tertunggak pada 31 Disember 2018.

Tambah beliau, WBG turut mencadangkan untuk memberi diskaun 50 peratus pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali sepanjang tempoh yang difikirkan sesuai.

“Kami akan menaik taraf kemudahan-kemudahan sedia ada, melaksanakan penggunaan teknologi “artifial intelligence” bagi meningkatkan kelancaran dan pengurusan trafik selain jaminan tiada sebarang pemberhentian pekerja dalam tempoh lima tahun selepas pengambilalihan tersebut,” katanya.

Tan Sri Muhammad Ikmal Opat Abdullah merupakan pengasas dan ketua di WBG yang mana telah menyediakan peluang pekerjaan lebih 1,500 orang di seluruh negara. WBG merupakan kontraktor bumiputra berkaliber yang diperbadankan pada tahun 2002 bagi memenuhi keperluan pertumbuhan dan pembangunan ekonomi negara yang pantas.

Bermula dari situ, WBG telah berkembang pesat dan meluaskan aktiviti syarikat menerusi pengurusan fasiliti bersepadu, pembinaan, penyelenggaraan dan operasi, perkhidmatan elektrikal dan mekanikal, sistem automasi bangunan, pengurusan tenaga, pembangunan hartanah, pendidikan, perkhidmatan ICT dan media, hospitality, minyak dan gas serta akuakultur. – Mynewshub.TV

Tags: Khazanah Nasional BerhadPLUSwidad business group
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd