• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1MDB: “Jangan Buat ‘Kelakar’ Dengan Saya” – Shafee

oleh
10/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dalam nada sinis saksi kesembilan, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi menyatakan yang dirinya telah menjawab soalan yang sama sebanyak empat kali ketika perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Bagaimanapun, peguambela kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang kelihatan begitu fokus dan agresif ketika pemeriksaan balas dengan saksi memberi ‘amaran’ pula kepada Shahrol.

Beliau mengingatkan Shahrol supaya tidak buat ‘kelakar’ dengan memberikan kenyataan sedemikian.

Muhammad Shafee: Jangan cuba buat kelakar di sini. Atau saya juga buat kelakar pula kepada kamu.

Shahrol: Tidak.

Muhammad Shafee ketika itu bertanyakan tentang kehadiran Shahrol ketika mesyuarat Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) di Bangunan Parlimen pada 30 Jun 2009 juga dihadiri oleh wakil Yang di-Pertuan Agong, Wan Ismail Wan Nik, wakil Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Terengganu serta dirinya.

Dalam mesyuarat itu juga, wakil Yang di-Pertuan Agong juga mempersoalkan peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dalam urusan TIA.

Saksi kelapan sebelum ini, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin pernah mendakwa pegawai Istana itu khuatir sekiranya nama Sultan Terengganu disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dalam pada itu, Muhammad Shafee juga mencadangkan Shahrol sekadar soprammobile atau hanya sekadar ‘hiasan meja’ dalam 1MDB kerana hampir semua peranan hanya dimainkan oleh Jho Low.

Cadangan itu keluarkan oleh Muhammad Shafee selepas Shahrol memberitahu ketika pemeriksaan balasnya yang beliau hanya sentiasa mempercayai kata-kata yang dikeluarkan oleh Jho Low tanpa melakukan sebarang semakan.

Shahrol juga memberi gambaran Jho Low consigliere atau penasihat kepada Najib yang mana berperanan memastikan segala-galanya berjalan lancar untuk bekas perdana menteri itu.

Sebenarnya perkataan consigliere itu dipercayai merujuk kepada penasihat atau orang kepercayaan bagi ‘penyangak’ Itali.

Perbicaraan bersambung selepas berehat 15 minit, Hakim, Collin Lawrence Sequerah sempat menegur Muhammad Shafee supaya mengingatkan Najib agar tidak lewat kerana bukan satu kebiasaan kepada mahkamah untuk menunggu tertuduh sampai untuk memulakan perbicaraan.

Tags: 1MDBNajib Tun RazakShafee Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

Penjelasan Yang Paling Sedap Mengenai Najib, Jho Low Dan 1MDB

28/12/2025
0

Oleh Lim Sian See Asas paling penting dalam penghakiman yang mensabitkan Najib bersalah dalam kes 1MDB–Tanore ialah andaian bahawa Jho...

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

Bagaimana 1MDB Menyelamatkan Berbilion Wang Rakyat Melalui Penamatan IPP

27/12/2025
0

Oleh Mynewshub Selama lebih dua dekad, isu Independent Power Producers (IPP) menjadi antara “bom jangka” terbesar dalam struktur ekonomi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd