• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPCMC: Jangan Sampai Maruah Polis Terjejas

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Dewan Rakyat tidak boleh meluluskan pindaan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) di peringkat dasar sewenang-wenangnya tanpa melalui perbahasan yang komprehensif.

Bekas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan undang-undang itu penting kerana ia melibatkan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Justeru, Ahli Parlimen Sembrong itu berharap, Dewan Rakyat menolak daripada meluluskan RUU itu pada hari ini.

“Saya minta hal berkaitan polis jangan ambil mudah, ia dekat dengan hati saya, kalau betul hendak buat, biar buat betul-betul.

“Ini menyentuh maruah polis, institusi yang kita cukup hormati, kita tidak mahu maruah mereka terjejas, sebab itu kena bawa perkara ini betul-betul,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Dewan Rakyat hari ini kecoh ketika perbahasan RUU IPCMC mahu dimulakan apabila Pembangkang meminta supaya tempoh perbahasan dijalankan lebih panjang, bukannya sehari kerana berpandangan undang-undang itu amat penting.

Pada 18 Julai lalu, RUU IPCMC dibentangkan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.

IPCMC bertujuan menggantikan Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi mempertingkatkan integriti dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM). – UTUSAN ONLINE

Tags: Dewan RakyatIPCMCPDRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

Isu Pembentangan Laporan RCI TH Bertaraf Penerangan Menteri Tidak Harus Timbul – BERSATU

13/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menolak tanggapan bahawa format mesyuarat khas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung...

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

Lagi Laporan Mynewshub Disekat Atas Permohonan Pihak Berwajib

12/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan yang diterbitkan Mynewshub berhubung sidang khas mengenai laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd