• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Foodpanda Pertahan Skim Pembayaran Baru Untuk Penghantar

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penghantar makanan Foodpanda yang tidak bersetuju dengan sistem pembayaran baharu tidak dipaksa untuk meneruskan perkhidmatan mereka.

Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, Sayantan Das bagaimanapun menasihatkan para penghantar makanan supaya mencuba dahulu sistem baharu tersebut sebelum membuat sebarang keputusan.

“Saya rasa mereka patut mencuba dahulu sistem pembayaran baharu ini terlebih dahulu.

“Sekiranya mereka mahu kekal, mereka boleh terus kekal.

“Jika mereka tidak mahu, mungkin mereka boleh meneroka peluang pekerjaan yang sama di tempat lain,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

Kemelut antara pengurusan Foodpanda dan penghantar makanan mereka tercetus selepas syarikat itu melaksanakan skim pembayaran baharu bermula pada 30 September lalu.

Bayaran bekerja mengikut jam dimansuhkan dengan menggantikan bayaran setiap pesanan dinaikkan antara RM4.50 hingga RM7 berkuatkuasa kepada semua penunggang di luar Lembah Klang.

Pelaksanaan skim pembayaran baharu itu mendapat bantahan penghantar makanan foodpanda hingga mereka melakukan mogok serta dialog bersama Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Tags: FoodpandaPenghantar makanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

Penghantar Makanan Tikam Isteri Dan Anak Kena Jel 6 Tahun, Dua Sebatan

27/11/2024
0

AMPANG: Seorang penghantar makanan dipenjara enam tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini kerana menikam isteri dan anaknya...

Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan

Penghantar Makanan Didakwa Rempuh Anggota Polis Ketika Pemeriksaan

29/10/2024
0

KUALA LUMPUR - Seorang penghantar makanan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa atas pertuduhan merempuh dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd