• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

24,600 Hilang Kerja Sejak Sembilan Bulan Lalu

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Laporan daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) mendapati 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September lepas, kata Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sektor pembuatan mencatatkan kehilangan pekerjaan tertinggi iaitu 7,944 orang.

Bagi membantu pekerja yang diberhentikan, kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti memperkenalkan Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) mulai Januari 2018 sebagai satu bentuk perlindungan keselamatan sosial kepada golongan pekerja yang kehilangan pekerjaan.

Pihak majikan juga dikehendaki melaporkan kepada JTK sekiranya ingin melaksanakan pemberhentian pekerja.

“Kerajaan menetapkan melalui Akta Kerja 1955 bagi mengutamakan pekerja dalaman dan pekerja asing diberi pilihan akhir,” katanya pada sesi soal jawab lisan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu langkah untuk mengurangkan pembuangan pekerja dan angka terkini mengikut pecahan industri.

Sementara itu, bagi menjawab soalan tambahan Ahmad mengenai langkah kerajaan bagi membantu golongan yang hilang pekerjaan, Kulasegaran berkata rakyat negara ini dipelawa menceburi bidang Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Menurutnya, analisis kementerian bersama Bank Dunia mengenai “Critical Occupation List” mendapati, dalam tempoh empat hingga lima tahun kira-kira 80 peratus pelajar jurusan akaun berkemungkinan tidak akan mempunyai pekerjaan.

“Penekanan baru yang perlu diberi perhatian ialah kita mempelawa warga negara supaya memberi perhatian kepada kerja-kerja yang ada harapan untuk dapat kerja iaitu dalam bidang TVET,” tambahnya.

Tags: jabatan tenaga kerjakehilangan pekerjaanM Kulasegaran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Terkesan Covid-19, Hilang Kerja Terus Diberi Perhatian – PM

Rakyat Terkesan Covid-19, Hilang Kerja Terus Diberi Perhatian – PM

12/11/2022
0

BERA: Rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19 termasuk mereka yang kehilangan pekerjaan tidak diabaikan sebaliknya terus diberikan perhatian oleh kerajaan,...

4.5 Juta Hilang Kerja Di China Jika Koronavirus Tak Dikawal

19/02/2020
0

BEIJING - Apabila jurukamera Mark Xia kembali bekerja selepas bercuti, syarikat penerbitan video di Shanghai tempat dia bekerja meminta dia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd