• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kajian Semula Pendapatan Garis Kemiskinan Telah Dimulakan

oleh
07/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan telah memulakan kajian semula Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) sejak Mac lepas bagi memberi gambaran sebenar isu kemiskinan di negara ini.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini bahawa ia dilaksana dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Kesihatan serta jabatan dan agensi berkaitan.

Mahathir menjelaskan bahawa kadar kemiskinan rasmi di Malaysia sebelum ini dikira berdasarkan cerapan data Tinjauan Pendapatan Isi Rumah yang dilakukan mengikut piawaian amalan antarabangsa yang diselenggara Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Mahathir berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) berhubung laporan pelapor khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, yang mendakwa kadar kemiskinan di negara ini lebih tinggi daripada apa yang dilaporkan.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, perangkaan kemiskinan daripada Tinjauan Pendapatan Isi Rumah (HIS) masih relevan dan boleh dipercayai pada peringkat penilaian makro namun pada peringkat lebih mikro seperti negeri atau daerah, perangkaan HIS perlu digunakan secara berhati-hati.

“(Ini) kerana ia tidak menggambarkan corak penggunaan, keperluan serta demografi sebenar isi rumah berikutan ralat persampelan yang tidak boleh dielakkan,” katanya.

Menyedari hakikat itulah, katanya, kerajaan mengambil langkah mengkaji semula PGK.

Mahathir seterusnya berkata, dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11), kerajaan memperkenalkan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) sebagai pelengkap kepada PGK untuk mengukur dan memantau kemiskinan dalam perspektif pelbagai dimensi seperti kesihatan, pendidikan, pendapatan dan taraf hidup.

Tags: kemiskinanMahathir MohamadPGK
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

Kerajaan Terus Fokus Atasi Kemiskinan Di Kelantan: PM

23/07/2022
0

KOTA BHARU - Kerajaan akan terus memberi perhatian kepada usaha mengatasi kadar kemiskinan di Kelantan melalui pelbagai inisiatif, termasuk menyediakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd