• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kor Ming, Peruntukan Sekolah Dari Wang Rakyat Bukan PH

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengkritik Nga Kor Ming kerana menyerahkan ‘replika cek’ kepada sebuah sekolah Cina di Perak baru-baru ini dengan logo Pakatan Harapan (PH) yang diletak bersebelahan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Katanya, pada zaman pentadbiran Barisan Nasional (BN), replika cek tanpa logo BN kerana tidak mahu mempolitikkan pendidikan di sekolah.

Lantaran itu, Ka Siong mempersoalkan tindakan Pengerusi DAP Perak meletakkan logo Harapan pada replika cek rersebut tidakkah bermotifkan politik.

“Ingat lagi pada November dan Disember yang lalu, Menteri Kewangan merangkap Setiausaha Agung DAP mencipta sejarah dengan keputusan membatalkan geran padanan kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TARUC) yang lazimnya diberi sekitar RM30 juta hingga RM60 juta setahun.

“Selama 50 tahun di zaman BN, TARUC mendapat geran padanan dari tahun 1969 hingga 2018, dengan jumlah secara kumulatif sebanyak RM1.353 billion.

“Apa yang lebih peliknya ialah ketika Guan Eng yang bukan menjaga portfolio pendidikan secara tiba-tiba menyerang MCA dan dengan angkuhnya berkata: “Kerajaan PH tidak akan memberi peruntukan geran padanan kepada TARUC kerana PH mahu politik dipisahkan dengan pendidikan”.

Presiden MCA itu berkata, Guan Eng berkata sebab utama PH tidak memberi peruntukan kerana TARUC adalah sebuah institusi yang ditubuhkan oleh parti MCA pada tahun 1969.

“Haha….Guan Eng, betulkah PH nak sangat “pisahkan pendidikan dengan politik”? Kalau begitu apasal Nga Kor Ming serah “mock cheque” yang dicetak logo Harapan bersama KPM? KPM ini agensi di bawah parti ke?

“Peruntukan kepada sekolah itu dana yang disumbangkan oleh parti Harapan? Tak mungkinlah logo KPM turut digunapakai, ini ganjil lagi ajaib!

“Hakikatnya, peruntukan ini adalah dari dana kerajaan atau wang rakyat bukannya sumbangan Tabung Parti Harapan! Itu pun tak dapat beza!

“Kesimpulannya, pemimpin DAP ini sentiasa tidak konsisten, yang lebih teruk, cakap tak serupa bikin!” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tags: Nga Kor Mingpakatan harapanperuntukan kerajaansekolah cina
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

Bekas Menteri Pendidikan Maszlee Nafi Calon MB Pakatan Harapan Johor

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Maszlee Malik menafikan beliau merupakan calon Menteri Besar Johor...

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

PH Saran Persempadanan Semula Kawasan Pilihan Raya Johor

13/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor membantah penambahan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan, sebaliknya mencadangkan Suruhanjaya Pilihan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd