• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Insentif RM30,000 Bagi Kakitangan Awam Dedah Salah Laku

oleh
04/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kakitangan awam yang berjaya mendedahkan salah laku dan penyelewengan akan dianugerahkan Anugerah Integriti dan Personaliti (IPA) serta diberi insentif wang tunai sehingga RM30,000.

Menteri Kewangan (MoF), Lim Guan Eng berkata, setiap aduan salah laku dan penyelewengan perlu disalurkan kepada Ketua Setiausaha Kementerian untuk siasatan dan tindakan lanjut.

“Kami akan lindungi (pemberi maklumat) dan beri mereka ganjaran,” katanya.

Beliau berkata, anugerah tersebut adalah selaras dengan dasar kementerian ke arah penjimatan.

“Tidak hanya kepada warga MoF, ia terbuka kepada semua kakitangan awam yang berani melaporkan sebarang salah laku dan penyelewengan,” katanya.

Guan Eng berkata, kerajaan dibebankan dengan kemelut kewangan dan penyelewengan membabitkan RM150 bilion menyamai RM5,000 bagi setiap rakyat Malaysia.

“Harus ditekankan bahawa kerajaan komited untuk meningkatkan tahap tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) ekoran masalah kewangan diwarisi,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Perhimpunan Bulanan MoF sebentar tadi.

Selain IPA, MOF turut menyediakan Anugerah Kreativiti dan Inovasi (CIA) kepada penjawat awam yang memperkenalkan kaedah kreatif dan inovasi sehingga dapat memberi penjimatan, bakal mendapat wang tunai RM30,000.

Menurutnya, setiap penjimatan akan disalurkan kembali kepada kementerian dan agensi.

“Jika sebelum ini penjimatan disalurkan kepada Kumpulan Wang Disatukan, ia harus dihentikan dan penjimatan diberikan kepada kementerian terbabit untuk melakukan projek atau program,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Kakitangan AwamLim Guan EngPenyelewengansalah laku
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

TUDM Tidak Kompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Atau Pelanggaran Disiplin

07/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tidak akan berkompromi terhadap sebarang salah laku dan pelanggaran disiplin membabitkan setiap warganya...

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

Lim Guan Eng Desak Kerajaan Segera Tunaikan 10 Tuntutan Besar

12/12/2025
0

KUALA LUMPUR, 8 Dis – Ahli Parlimen Bagan yang juga Penasihat DAP, Lim Guan Eng, menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd