• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Beradik Yatim Piatu Ibu Bapa Maut Kemalangan

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta mereka dinaiki bertembung dengan lori di Kilometer 134 Jalan Kuantan-Seremban, Rompin dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Supt. Kamarulzaman Jusoh berkata kemalangan pada 5.30 pagi tadi, menyebabkan Muhammad Noor Idham Ramli, 31, yang memandu kereta jenis Perodua Myvi maut di tempat kejadian.

Manakala isterinya Surawati Mohd, 33, yang berasal dari Kampung Gong Merawang Rhu Muda di Marang, Terengganu, disahkan meninggal dunia di unit kecemasan Hospital Muadzam Shah, Rompin pada 8 pagi tadi.

Kemalangan turut menyebabkan anak pasangan itu, Aryan Rizqy, 6, Areesh Razeen, 4, dan Arfaan Rakeen, 2, cedera ringan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta dinaiki mangsa sekeluarga dari arah Kuantan menuju ke Seremban, terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori membawa muatan baja, yang tidak sempat mengelak ekoran jarak terlalu dekat.

“Kemalangan menyebabkan Muhammad Noor Idham yang merupakan seorang juruwang tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Kamarulzaman berkata, pemandu lori yang berusia 43 tahun dan berasal dari Yong Peng, Johor turut mengalami kecederaan ringan.

Katanya jenazah mangsa dibawa ke Hospital Muadzam Shah untuk bedah siasat.

Tags: ibu-bapakemalangan mautYatim Piatu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd