• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pahang Turut Bantah Perpindahan KSHAS

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri Pahang turut membantah tindakan pengurusan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) memindahkan kampus Sultan Haji Ahmad Shah (KSHAS) di Muadzam Shah, Rompin dekat sini, yang dijadualkan bermula pada Jun tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata pengurusan universiti itu juga digesa menyemak semula keputusan melaksanakan ‘Reimagining UNITEN’ yang menyaksikan Operasi Kampus Berpusat antara KSHAS disatukan dengan kampus Putrajaya sebagai satu entiti.

KSHAS yang dibina di kawasan seluas 68 hektar atas kelulusan kerajaan negeri pada penghujung 1990-an menurut Wan Rosdy, turut memainkan peranan dalam meningkatkan aktiviti sosioekonomi bandar Muadzam Shah, bermula daripada kemasukan pertama pelajarnya seramai 200 orang pada tahun 2001.

“Kemuncak pelajar ialah pada tahun 2015 dengan jumlah 4,300 pelajar dan sungguhpun kini pelajar menurun kepada 1,300 orang, namun ini merupakan kesan daripada faktor ekonomi nasional dan dunia.

“Apabila keadaan ekonomi bertambah baik, saya percaya jumlah kemasukan pelajar akan kembali ramai. Daripada usaha menutupnya, adalah lebih wajar usaha untuk menyemarakkannya dilakukan,” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Wan Rosdy berkata antara usaha yang boleh dilakukan ialah dengan memperkenalkan lebih banyak kursus di peringkat diploma, ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana di KSHAS.

Beliau juga menyifatkan KSAS juga mempunyai nilai sentimental kepada Pahang, kerana namanya adalah bersempena Sultan Pahang kelima iaitu Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, yang memerintah negeri selama 45 tahun bermula 7 Mei 1974.

Pada 28 September lalu, UNITEN menerusi kenyataan medianya mengesahkan penggabungan KSHAS dan kampus Putrajaya menerusi inisiatif ‘Reimagining UNITEN’ bagi melonjakkan nama universiti dalam berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa, khususnya dengan cabaran semasa landskap pendidikan tinggi negara masa kini.

UNITEN bagaimanapun berkata mereka akan berganding bahu dengan Jabatan Real Estate Ventures (REVD) Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk mentransformasikan KSHAS kepada premis TNB yang baharu sebagai meneruskan kesinambungan peranan mereka di Muadzam Shah.

Tags: KSHASPahanguniten
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

Mangsa Banjir Lebih 14,000 Orang, Pahang Catat Bilangan Tertinggi

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir kekal pada angka lebih 14,000 orang membabitkan 4,606 keluarga di 106 pusat pemindahan sementara (PPS)...

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

Pahang Catat Jumlah Mangsa Banjir Tertinggi, Lebih 10,000 Mangsa Ditempatkan Di PPS

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR - Hujan lebat berterusan menyaksikan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Pahang, Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd