• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kadar Tol Turun 20%, Tetapi Konsesi Dilanjut 20 Tahun Lagi – RRJ

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA-  Sebuah konsortium yang diketuai kumpulan ekuiti swasta Asia, RRJ Capital telah menghantar kertas cadangan untuk mengambil alih konsesi lebuh raya bertol Malaysia, PLUS Malaysia Bhd. pada harga RM3 bilion.

Dalam satu dokumen yang dilihat Reuters, Pengerusi RRJ Capital, Richard Ong berkata, firma pelaburan itu boleh mengurangkan kadar tol sebanyak 20 peratus sekiranya pengambilan alih itu berjaya.

Cadangan pengambilan alih itu tertakluk kepada syarat-syarat termasuk pelanjutan tempoh konsesi tol selama 20 tahun lagi oleh kerajaan.

“RRJ sedang membuat persiapan segera dengan penasihat-penasihat kewangan dan teknikal kami untuk memulakan rundingan dan kajian kebolehsanaan sekiranya cadangan tersebut diterima,” katanya dalam sepucuk surat bertarikh 25 September lalu.

Diasaskan bersama oleh dua beradik rakyat Malaysia iaitu Richard dan Charles Ong, RRJ beroperasi dari pejabat di Hong Kong dan Singapura.

Dua beradik itu merupakan ahli pelaburan veteran yang telah berjaya meraih berbilion dolar di RRJ dan telah melabur dalam pelbagai syarikat di dunia.

PLUS Malaysia dimiliki 51 peratus oleh UEM Group yang merupakan anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional manakala bakinya milik Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Tabung wang persaraan itu bagaimanapun tidak memberi maklum balas ketika diminta memberi komen mengenai perkara tersebut manakala Khazanah berkata, mereka menyerahkan semua keputusan kepada kerajaan.

“Terdapat beberapa cadangan mengenai lebuh raya bertol. Khazanah sendiri telah menghantar kertas cadangan kami sendiri kepada kerajaan. Apa pun, semuanya terserah kepada kerajaan untjk memberi pertimbangan terhadap cadangan-cadangan tersebut dan apa yang terbaik kepada negara dan rakyat,” kata jurucakapnya kepada Reuters.

Menurut RRJ, kertas cadangan untuk membeli keseluruhan syarikat tersebut termasuk kepentingan UEM Group dan KWSP dalam bentuk saham pinjaman tidak bersekuriti boleh tebus semula yang diterbitkan oleh anak syarikat milik penuh PLUS Malaysia, Projek Lebuhraya Usahama.

“RRJ sangat fokus dalam membuat pelaburan ekuiti jangka panjang di Asia Tenggara. Fokus kami adalah syarikat-syarikat besar dan pelaburan utama infrastruktur seperti lapangan terbang, pelabuhan kontena, loji penapisan air dan lebuh raya bertol,” katanya dalam satu emel kepada Reuters.

Menurut RRJ, mereka terbuka untuk bekerjasama dengan KWSP dan bekerjasama rapat dengan projek-projek kerajaan.

Ia bagaimanapun enggan mengulas mengenai projek-projek tersebut secara khusus. – Agensi

Tags: Konsesi TolLebuhraya PLUSRRJ CapitalSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd