• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketua Pengarah JAS Lulus Projek PSR Hari Terakhir Bekerja?

oleh
03/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Sebuah kumpulan pendesak mempersoalkan sama ada tarikh kelulusan projek tiga pulau di Pulau Pinang yang bersamaan dengan hari terakhir bekerja ketua pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS), Ahmad Kamarul Najuib Che Ibrahim merupakan satu kebetulan.

Penang Forum berkata, surat kelulusan bertarikh 25 Jun itu bersamaan dengan tarikh persaraan beliau.

“Tarikh pada surat tersebut kelihatan ditulis tangan. Ini bermakna kelulusan itu disediakan lebih awal, kemudian anda menulis tarikhnya pada hari terakhir bekerja,” kata anggota jawatankuasa pemandu Penang Forum, Khoo Salma Nasution.

Beliau berkata, surat yang dikeluarkan pada hari terakhir Kamarul Najuib berada di pejabat itu sama meragukan dengan kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dalam tempoh dua hari bekerja untuk projek itu sebelum ini.

“Nelayan membuat aduan bahawa JAS tidak langsung berunding dengan mereka dalam proses EIA kedua, walaupun bantahan utama adalah berkaitan kegiatan perikanan. Apakah ini satu lagi kelulusan pramatang?

“Kami berharap kementerian berkaitan akan tampil memberi penjelasan.”

Khoo juga merujuk kepada hantaran di laman Facebook JAS pada 25 Jun yang menunjukkan Kamarul Najuib mengucapkan selamat tinggal.

Surat sama dikemukakan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yew pada 5 Julai ketika mengumumkan kelulusan projek berkenaan.

Terdahulu, penyelidik Penang Forum, Evelyn Teh berkata, projek PSR diluluskan dalam tempoh dua hari berdasarkan garis masa yang diambil daripada laporan dan kemas kini kerajaan negeri tentang projek berkenaan.

Dakwaan itu dinafikan oleh Chow sebagai “palsu”, selain menambah bahawa kerajaan mengambil masa dua tahun untuk mendapatkan kelulusan JAS.

Khoo mempertahankan dapatan Evelyn dengan berkata, respons kerajaan adalah mengelirukan kerana ia turut memasukkan tempoh masa percubaan pertama kerajaan mendapatkan kelulusan JAS pada 2017.

Permohonan 2017 ditolak pada Ogos tahun lepas.

FMT telah menghubungi JAS bagi mendapatkan respons jabatan itu.

Tags: JASprojek PSRPulau Pinang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

Pengarah Jabatan Disyaki Salah Guna Kuasa Ditahan SPRM

26/08/2025
0

GEORGE TOWN- Seorang pengarah jabatan kerajaan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang kerana disyaki menyalahgunakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd