• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wajah Balu Nazrin Bersahaja Ketika Kebakaran

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang saksi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, balu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn. Bhd. (Cradle Fund), Nazrin Hassan, mempamerkan riak wajah bersahaja, ketika anggota bomba tiba di sebuah rumah di Mutiara Homes, Petaling Jaya, bagi memadamkan kebakaran pada 14 Jun tahun lepas.

Saksi ke-9 kes itu, Mohamad Afzan Majid, 50 berkata, ketika tiba di rumah tersebut beliau melihat Samirah Muzaffar, di pintu utama rumah tersebut yang menunggu ketibaan pasukan bomba tanpa sebarang reaksi sama ada menangis, meratap atau meraung ketika suaminya berada dalam sebuah bilik yang terbakar di rumah tersebut.

Beliau yang merupakan pegawai bomba di Balai Bomba dan Penyelamat Damansara itu berkata demikian, ketika memberi keterangan berhubung kes kematian Nazrin di hadapan Hakim Datuk Ab Karim Ab Rahman, di sini.

“Ketika saya dan pasukan bomba tiba di rumah mangsa untuk memadamkan kebakaran yang berlaku di bilik utama rumah itu, saya melihat tertuduh (Samirah) di hadapan pintu utama rumah dengan wajah bersahaja.

“OKT (Samirah) juga tidak lari keluar dari rumah itu ketika berlaku kebakaran di tingkat atas bilik utama rumah berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika di soal Timbalan Pendakwa Raya, Asyhraf Ashy’ari Kamaruzaman, berhubung reaksi Samirah ketika pasukan bomba tiba di rumah berkenaan untuk memadamkan kebakaran.

Mohamad Afzan berkata, ia juga merupakan kali pertama beliau melihat seorang individu yang tidak menunjukkan sebarang reaksi sedih apabila berlakunya kebakaran yang membabitkan kematian.

“Saya telah menjadi anggota bomba selama 22 tahun dan saya telah bertugas memadamkan kebakaran lebih 500 kali termasuk kebakaran yang membabitkan kematian.

“… dan sepanjang penugasan saya juga, saya tidak pernah melihat orang tidak menangis, tidak meraung dan tidak meratap apabila berlaku kematian dalam kes kebakaran,“ katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Samirah juga merayu kepadanya untuk melihat mayat suaminya yang berada di atas katil di dalam bilik yang terbakar, selepas api dipadamkan.

Mohamad Afzan berkata, beliau kemudian mengiringi tertuduh melihat mayat Nazrin selepas mendapat kebenaran dari penyelia operasi.

“Saya melihat tertuduh melutut dekatkan diri dengan mayat seorang lelaki dan dia pandang ke arah kepala mangsa dalam tempoh lima minit.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu reaksi wajah tertuduh kerana saya berada di belakang (tertuduh) cuma nampak kepala tertuduh bergerak ke kiri kanan,” katanya.

Katanya, selain Samirah, beliau turut melihat ada individu lain di dalam rumah tersebut iaitu dua wanita berusia lingkungan 40-an dan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun apabila turun ke tingkat bawah rumah.

Beliau berkata dua wanita yang tidak dikenalinya itu berada di meja makan di ruangan dapur.

“Selepas saya dan pasukan selesai memadamkan kebakaran dan turun ke bawah, saya juga melihat tertuduh ke dapur dan membuat susu yang saya percaya untuk kanak-kanak berkenaan,” katanya.

Pada 3 Ogos tahun lepas, kematian Nazrin, 47, diklasifikasi sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas siasatan bomba menemukan kesan petrol di lokasi kebakaran.

Berikutan itu, Samirah, 44, yang merupakan bekas eksekutif kanan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dua remaja lelaki masing-masing berumur 17 serta 14 tahun, didakwa bersama-sama seorang warga Indonesia, Eka Wahyu Lestari yang masih bebas, membunuh lelaki berkenaan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Mutiara Homes, antara 11.30 malam 13 Jun 2018 dan 4 pagi 14 Jun 2018.

Pihak pendakwaan kes itu diketuai Pengarah Pendakwaan Negeri Selangor Datuk Salim.

Samirah pula diwakili peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah, manakala kedua-dua remaja itu diwakili peguam Hisyam Teh Poh Teik.

Tags: CEO Cradle Fundnazrin hassanSamirah Muzaffar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samirah, Dua Anak Bebas, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

21/06/2022
0

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini melepas dan membebaskan Samirah Muzaffar dan dua anak remaja lelakinya atas pertuduhan membunuh...

Samirah Tak Setuju Duit Insurans Nazrin Diguna Bayar Hutang

30/12/2019
0

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu tertuduh pertama kes pembunuhan Ketua Pegawai Eksekutif Cradle Fund Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd