• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri Ditahan Dera Anak Asuhan Sehingga Mati

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Pasangan suami isteri ditahan selepas disyaki mendera seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun sehingga mati di sebuah rumah di Jalan Yadi, di sini, Ahad lalu.

Mangsa yang juga anak asuhan kepada pasangan tersebut disahkan meninggal dunia di rumah itu oleh pasukan perubatan akibat kecederaan pada beberapa bahagian badan. 

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki kira-kira pukul 1.21 petang memaklumkan tentang kejadian itu.

“Pemeriksaan di lokasi kejadian oleh sepasukan anggotanya mendapati mangsa telah meninggal dunia dan mayatnya kemudiannya dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan kelmarin mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman disebabkan hentakan objek tumpul selain terdapat 41 kesan kecederaan baru dan lama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan itu, kata Shamsul Amar, pihaknya telah menahan pasangan suami isteri yang juga pengasuh mangsa kira-kira pukul 11 pagi semalam di sekitar daerah ini.

Tambah beliau, ketika siasatan dijalankan, pihaknya turut melakukan pemeriksaan terhadap tiga lagi kanak-kanak termasuk kembar kepada mangsa yang mati. 

Kesemua kanak-kanak berusia 4 hingga 8 tahun itu dibawa oleh suspek. 

“Siasatan mendapati dua kanak-kanak lelaki adalah anak kandung suspek wanita berusia 30 tahun hasil perkahwinan bersama dua bekas suami sebelum ini.

“Hasil pemeriksaan ke atas ketiga-tiga kanak-kanak itu turut menemui kecederaan fizikal pada tubuh badan dipercayai akibat didera suami isteri berkenaan. Mereka kini masih HTAR untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.

Jelas Shamsul Amar, perintah reman terhadap suami isteri akan dipohon di Mahkamah Klang pagi ini. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Tags: kanak-kanakKes deraPengasuh
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

Budak Perempuan 5 Tahun Parah Didera, Ibu Kandung Ditahan

05/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Seorang kanak kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan selepas disyaki didera ibu kandungnya hingga cedera parah di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd