• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Foodpanda Diminta Kaji Semula Skim Pembayaran Gaji

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pihak pengurusan Foodpanda digesa mengkaji semula pelaksanaan skim pembayaran gaji yang berkuatkuasa 30 September lepas kerana pelaksanaannya akan mengurangkan pendapatan penghantarnya.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, syarikat pengendali penghantar makanan itu perlu segera menyelesaikan perkara itu kerana kemelut tersebut mengganggu sistem ekonomi Gig yang baru bertapak di negara ini.

“Sekarang ini tanpa makluman awal, terus skim gaji mereka disemak dengan begitu cepat dan akhirnya kita dengar sendiri bahawa skim ini boleh menurunkan dalam lingkungan 50 peratus daripada gaji bulanan mereka.

“Cuba bayangkan gaji anda dalam tempoh tiga hari diturunkan 50 peratus. Apa perasaan kita. Mesti marah dan mogok tapi ada pula keluar arahan untuk tindakan diambil keatas mereka dan hilang pekerjaan. Adakah ini keadilan yang kita mahukan?” katanya ketiak ditemui media selepas sesi dialog dengan penghantar makanan atau rider di kediamannya, sebentar tadi.

Terdahulu, ratusan penghantar Foodpanda membanjiri kediaman Syed Saddiq selepas beliau secara terbuka mengundang mereka bagi sesi dialog membincangkan masalah yang dihadapi susulan tunjuk perasaan yang dilakukan ekoran skim pembayaran baru.

Sesi tersebut mengambil masa selama sejam setengah dengan puluhan penghantar makanan bangun meminta Syed Saddiq membela nasib mereka.

Menjawab mengenai perkara itu, Syed Saddiq berkata, kerajaan akan mencari kaedah yang sesuai selain bekerjasama dengan Menteri Sumber Manusia bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

“Kita perlu ada perundangan yang menyeluruh untuk menjaga ekonomi Gig ini.

“Pada masa yang sama kita ingin pastikan mana pihak yang boleh monopoli kerana jika dimonopoli peluang yang sangat besar ini akhirnya siapa pekerja ini pergi.

“Apa alternatif yang sedia ada. Saya percaya kita akan dapat selesaikan masalah ini dan kita ucapkan terima kasih kepada rider kerana ini atas usaha mereka sendiri,” katanya lagi.

Skim baru itu didakwa akan memansuhkan bayaran mengikut jam tetapi menaikkan upah bagi setiap pesanan antara RM4.50 hingga RM7.

Sebelum ini apabila penghantar dibayar RM4 sejam dengan upah antara RM3 hingga RM5 bagi setiap pesanan berdasarkan prestasi.

Tags: FoodpandaGajiSyed Saddiq
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd