• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Miliki Kebolehupayaan Harungi Kejutan Ekonomi

oleh
02/10/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz yakin ekonomi Malaysia mempunyai kebolehupayaan untuk mengharungi sebarang krisis berpotensi.

Beliau berkata, negara ini melaksanakan sistem yang berdaya tahan dan berupaya menahan kejutan ekonomi.

“Kita bersedia menguruskan kesan (krisis) berkenaan…halangan mungkin berlaku, namun kita berpotensi menanganinya dan meningkat semula,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Sarjana Perbankan Pusat, Asia School of Business (ASB) di sini hari ini.

Zeti yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Bhd. berkata, bank-bank pusat akan berperanan penting untuk menyokong ekonomi sekiranya krisis ekonomi berlaku.

“Situasi seperti inilah yang menjadikan bank-bank pusat sebagai institusi penting.

“Mereka berada di peringkat hadapan dan oleh itu bank-bank pusat perlu mempunyai kebolehupayaan yang kukuh (untuk menguruskan ekonomi semasa tempoh krisis),” katanya.

Mengenai program Sarjana itu, beliau berkata, ia akan melengkapkan pegawai bank pusat berpotensi tinggi dengan pengetahuan dan kemahiran terkini untuk menangani cabaran persekitaran ekonomi dan politik yang kompleks.

Beliau berkata, program residensi setahun secara intensif ini ditawarkan dengan kerjasama MIT Sloan School of Management.

“Program ini sedang dinilai oleh Kementerian Pendidikan, dan disasarkan bermula pada pertengahan 2020, dengan peserta sulung dari bank-bank pusat seluruh dunia,” katanya.

ASB ditubuhkan pada 2015 dengan kerjasama MIT Sloan School of Management di Massachusettes, Amerika Syarikat untuk menjadi sekolah perniagaan global utama iaitu sebuah hab pengetahuan dan pembelajaran yang diterapkan dengan kepakaran serantau, wawasan serta perspektif Asia dan ekonomi pesat membangun.

Tags: krisis ekonomiZeti Akhtar Aziz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

Mahkamah: Zeti Hadir Saksi Dalam Perbicaraan 1MDB

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR – Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Zeti Akhtar Aziz hadir dan dijangka dan memberi kenyataan...

Sri Lanka Kehabisan Petrol, Kata Perdana Menteri

17/05/2022
0

ANKARA: Sri Lanka yang dilanda krisis telah kehabisan petrol, kata perdana menteri negara Asia Selatan yang baharu dilantik hari ini....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd