• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2020 Diharap Umum Insentif Pacu Ekonomi Domestik

oleh
30/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Perniagaan Malaysia-China (MCBC) berharap kerajaan akan mengumumkan pelbagai inisiatif dan insentif bagi memacu perkembangan ekonomi dalam negara menerusi Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan pada 11 Oktober ini.

Pengarahnya, Datuk David Chua berkata, ini penting bagi memastikan penggunaan domestik kekal sebagai pemacu keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan ekonomi negara terutama dalam ketidaktentuan pasaran ekonomi global masa kini.

Menurutnya, antara perkara teras pada hari ini adalah usaha menjana pertumbuhan dan merancakkan ekonomi yang bergantung kepada kegiatan di sektor swasta selain peranan kerajaan.

“Pada zaman ekonomi berkembang pesat (dahulu), kebanyakan sektor dilihat mencatat prestasi baik sama ada yang terlibat dalam pembuatan, infrastruktur dan sebagainya…tiada masalah besar terutamanya yang membabitkan peluang pekerjaan.

“Namun, fasa di mana ekonomi sedang mengalami sedikit penurunan atau penguncupan seperti dilihat sekarang, kerajaan harus mengkaji semula bagaimana sumber kewangan yang dikawal oleh sektor perbankan dapat diagihkan secara lebih adil,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, ini termasuk mengkaji bagaimana sektor perbankan yang mengawal sumber kewangan itu dapat disalurkan untuk menggalakkan perkembangan sektor-sektor yang berpotensi mencatat pertumbuhan.

“Sebagai contoh kita dapat melihat sektor hartanah mewah mengalami pembekalan berlebihan sehinggakan ada hartanah mewah atau (unit-unit di) kompleks-kompleks perniagaan yang tidak terjual baik di kawasan Lembah Klang atau bandar-bandar besar lain di seluruh negara,” katanya.

Kerajaan juga perlu mengkaji untuk mewujudkan garis panduan sewajarnya bagi memperbanyakkan peluang memberi pinjaman lebih saksama kepada sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berpotensi.

“Bagi sebuah negara yang ekonominya sedang membangun seperti Malaysia, kita tidak boleh menafikan kepentingan sektor-sektor sebegini kerana selain dapat membantu untuk mengembangkan ekonomi, sektor ini juga mampu untuk menjana pekerjaan yang banyak,” katanya.

Sementara itu Setiausaha Agung Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM), Datuk Low Kian Chuan pula berharap kerajaan dapat mengumumkan inisiatif yang dapat merangsang sektor eksport pada Belanjawan 2020 berkenaan.

Beliau berkata, walaupun Malaysia telah meraih manfaat daripada lencongan perdagangan dalam jangka pendek (akibat perang perdagangan Amerika Syarikat-China) namun kewujudan pertikaian itu yang berpanjangan serta kegagalan meleraikan perbezaan dagangan itu serta impak negatifnya terhadap rantaian bekalan boleh memberi kesan terhadap sentimen perniagaan dan menjejaskan pelaburan.

“Pada akhirnya semua pihak akan rugi. Oleh kerana kita beroperasi dalam dunia, sistem rantaian bekalan serta dagangan yang saling berkait, maka ‘jaminan sepenuhnya’ untuk Malaysia dapat mengelak daripada impak negatif itu juga adalah terbatas,” katanya.

Oleh itu Kian Chuan berkata, ACCCIM telah menyarankan supaya kerajaan memperkenalkan pendekatan untuk memanfaatkan orientasi semula rantaian bekalan global termasuk pemindahan lokasi pengeluaran ke Malaysia.

Ini termasuk menawarkan kadar cukai keutamaan tiga peringkat mengikut kriteria tertentu bagi membolehkan konglomerat dan syarikat multinasional (MNC) mewujudkan hab prinsipal serta pusat perkongsian khidmat serantau mereka di Malaysia.

“Kerajaan juga perlu melanjutkan tempoh elaun pelaburan semula secara kekal kerana pihak industri perlu membuat pelaburan berterusan dalam teknologi terkini dan sentiasa berubah agar mereka terus relevan dalam persaingan di pasaran global,” katanya.

Pada masa sama katanya wujud keperluan untuk memperluaskan hubungan dagangan dengan terbabit secara aktif dalam perjanjian pelbagai dan dua hala dengan pasaran baharu seperti Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik.

ACCCIM juga berharap kerajaan akan memperkenalkan inisiatif bagi menggalakkan lagi aktiviti perdagangan dengan pihak Kesatuan Eropah (EU), menggerakkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia Kesatuan Eropah (MEUFTA) dan FTA ASEAN-EU yang dicadangkan.

Selain itu, Kian Chuan juga berharap Belanjawan 2020 itu akan turut menawarkan skim kredit eksport kepada PKS seperti mengurangkan duti import bahan mentah selain bantuan bagi mereka meneroka pasaran eksport baharu.

Tags: ACCCIMbajet 2020belanjawan 2020mcbc
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion

12/10/2020
0

Belanjawan 2021 Dijangka Bentang Projek Mega RM143.06 Bilion KUALA LUMPUR: Enam projek mega bernilai RM143.06 bilion yang diumumkan di bawah...

Jentera Kerajaan Perlu Serius Laksana Belanjawan 2020, PRE

03/03/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan supaya jentera kerajaan mengambil perhatian serius bagi melaksana dan mempercepat pelaksanaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd