• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sudah Masanya Sistem Cukai Negara Dirombak

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Sudah tiba masanya sistem cukai Malaysia dirombak agar lebih berkesan dan ia mampu memberi perubahan ketara kepada ekonomi negara,” kata pakar ekonomi, Prof. Jomo Kwame Sundaram.

Memetik laporan Malaysiakini, Jomo yang juga penasihat penyelidik Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) berkata, ini kerana ada kelompongan dalam sistem cukai negara yang menyebabkan banyak pihak sama ada individu atau syarikat yang cuba mengelak daripada dikenakan cukai dengan pelbagai cara.

“Ada kaji selidik beberapa tahun lalu menunjukkan lebih separuh daripada pemilik kereta mewah tak bayar cukai pendapatan. Kalau kamu balu kaya, (bolehlah) kamu tak bayar cukai tapi masih mampu beli BMW atau apa-apa kereta (mewah).

“Dua tahun lalu, berdasarkan (laporan) Focus (Malaysia), tiga wanita terkaya di negara ini semuanya balu kaya. Malangnya ketiga-tiganya semua sudah meninggal tapi saya yakin bukan semua pemilik kereta mewah ini balu kaya.

“Jadi anda tentu mula tertanya-tanya, betapa mudah dan berjayanya tindakan lari daripada cukai di negara ini,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian pada sidang media Laporan Pelaburan Dunia Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) 2009, di Mercu UEM di sini semalam.

Mengulas lanjut katanya, terdapat juga syarikat-syarikat besar yang beroperasi di banyak negara hanya untuk mengambil kesempatan daripada insentif dan pelepasan cukai yang diberikan kerajaan negara berkenaan.

Sehubungan itu katanya, sudah tiba untuk Malaysia menjalin kerjasama antarabangsa bagi membolehkan cukai dikenakan kepada syarikat-syarikat itu.

“Sekarang ini, ada banyak cara untuk kenakan cukai terhadap pihak berpendapatan tinggi secara lebih efektif.

“Saya yakin penasihat dalam kerajaan sedang meneliti pilihan-pilihan ini,” katanya. – Sinar Harian

Tags: ekonomi negaraJomo Kwame Sundaramsistem cukai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

Belanjawan 2023: Ekonomi Negara Dijangka Berkembang 4.5 Peratus

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan mengunjurkan pertumbuhan ekonomi sekitar 4.5 peratus bagi 2023, demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ikuti...

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

Parlimen Tergantung: Apa Kesannya Kepada Ekonomi Negara

20/11/2022
0

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang baru berakhir ini telah membawa ketidaktentuan kepada negara dengan parlimen yang tergantung apabila tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd