• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Baharu Bank Dasar Tidak Adil!

oleh
26/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) membantah langkah bank mengenakan bayaran transaksi 50 sen bagi mesin pengeluaran tunai (CRM) dan mesin deposit cek (CQM) serta RM2 bagi bayaran transaksi di kaunter.

Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, langkah itu dilihat cubaan bank untuk mengambil keuntungan lebih daripada apa yang sudah dilakukan daripada pelaksanaan dasar yang tidak adil.

Katanya, walaupun caj tersebut bermula 1 Oktober ini namun pihaknya sudah menerima aduan daripada pelanggan mengenai perkara itu sejak Mei lalu.

“Kita sudah menghantar surat kepada Bank Negara mengenai perkara itu, namun sehingga kini belum menerima sebarang jawapan.

“Bank mestilah tidak dibenarkan untuk mengambil untung lebih daripada pelanggan dengan melaksanakan ‘dasar yang tidak adil’,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut meminta agar Bank Negara segera menghentikan tindakan bank tempatan daripada terus ‘mencekik darah pelanggan’ memandangkan mereka sudah mengaut keuntungan berbilion ringgit.

Mohideen berkata, beliau dimaklumkan ada bank memaklumkan ia dasar baharu dan pelanggan yang enggan perlu memilih perbankan dalam talian.

“Kami menulis kepada BNM untuk menyatakan bantahan serta mempersoalkan kenapa mereka membenarkan bayaran ini.

“Kegagalan (Bank Negara) memberi jawapan membawa maksud persetujuan secara diam-diam terhadap dasar baharu bank itu,” katanya.

Kelmarin, bekas Penasihat Sosio-budaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim mengajak orang ramai membantah tindakan beberapa bank yang mengenakan caj perkhidmatan di kaunter dan mesin CDM bagi pembayaran bil kad kredit.

Menurutnya, caj tersebut sebagai keterlaluan dan membebankan pengguna terutama golongan B40. – Sinar Harian

Tags: Bank Negara Malaysiacaj bankCAP
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

Harga Sayur, Buah Melonjak, CAP Gesa Kurangkan Peranan Orang Tengah

09/12/2024
0

GEORGETOWN : Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bersama Lembaga Pemasaran...

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

CAP Kecewa RUU Kawalan Produk Merokok Dirujuk Semula Kepada JKPK

12/06/2023
0

PUTRAJAYA: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kecewa dengan keputusan kerajaan yang merujuk semula Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd