• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai: PAS Anggap BN Lebih Berhak

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – PAS membuat bayangan awal akan memberi laluan kepada Barisan Nasional (BN) untuk meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, Johor.

Naib presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, PAS lebih selesa memberi keutamaan kepada BN memandangkan kerusi tersebut disandang BN sebelum ini.

Bagaimanapun, keputusan masih belum diputuskan memandangkan masih tiada perbincangan dilakukan kedua-dua pihak.

“Kerusi itu milik BN sebelum ini, jadi keutamaannya kita berikan kepada BN. Jika calon BN dari MCA pun, kita akan terima dan sokong apa yang dipilih dan dipersetujui mereka,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini hari ini.

Menurutnya, jika dilihat melalui penilaian atas kertas untuk PRK sebelum ini, sekiranya undi PAS dan UMNO dicampur, maka mereka berpotensi untuk menang.

Beliau berkata, walaupun undi PAS tidak besar, namun sekurang-kurangnya ia dapat membantu rakannya BN untuk menguasai kerusi tersebut.

Penyandang kerusi Tanjung Piai, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Md Farid Md Rafik, 42, meninggal dunia Sabtu lalu akibat serangan jantung.

Sementara itu, ditanya keyakinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan akan memegang jawatan Perdana Menteri tahun depan, Mohd Amar berkata, beliau lebih berminat untuk mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

“Kita tunggulah, nak buat macam mana. Kalau ada rezeki, jadi..kalau tiada rezeki, tiadalah sebab semua ketentuan tuhan belaka, manusia hanya merancang,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAPASPRK Tanjung Piai
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

PAS Lahirkan Kesyukuran,Yakin Najib Dapat Beri Sumbangan Idea Demi Kebaikan Negara

18/09/2026
0

KUALA LUMPUR - PAS melahirkan kesyukuran susulan pengampunan bersyarat yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd