• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Caj Terus RM100 Kalau Bank Nak Untung Sangat

oleh
25/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – “Buat apa bank hendak sorok-sorok caj 50 sen hingga RM2, caj terus RM100 kalau hendak untung sangat.”

Demikian kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan kepada beberapa buah bank di negara ini bertindak mengenakan caj antara 50 sen hingga RM2 setiap kali pelanggan berurusan di kaunter, Mesin Smart Recycle (SRM) dan Mesin Deposit Cek (CQM) bermula bulan Oktober hadapan.

Beliau berkata, tindakan terkini beberapa bank berkenaan kepada pelanggan bagi tujuan bayaran kad kredit dan pinjaman kewangan mengundang rasa hairan PPIM kerana mereka tidak boleh sesuka hati mengenakan caj perkhidmatan tanpa kebenaran Bank Negara Malaysia (BNM).

Lebih mengejutkan, Nadzim menegaskan tindakan itu dibuat bukan disebabkan industri perbankan negara terkesan dengan kegawatan ekonomi dunia, sebaliknya tidak dijelaskan secara tuntas.

“Dalam hal ini, saya melihat BNM dan kesatuan bank negara ini perlu dipertanggungjawabkan kerana tidak mendapatkan pandangan pengguna mewakili majoriti pemegang saham bank-bank terlibat sebelum melaksanakan tindakan itu.

“Sepatutnya dalam isu ini BNM kena ambil tindakan awal campur tangan dengan mengarahkan bank menghentikan caj perkhidmatan membebankan pelanggan dalam kadar segera, bukan bersikap tunggu dan lihat,” katanya sewaktu dihubungi Sinar Harian di sini semalam.

Nadzim turut bimbang senario terbaharu ini akan mewujudkan pesta naik harga perkhidmatan dalam kalangan pemain industri lain tanpa kawalan berikutan tindakan penguatkuasaan longgar oleh agensi kerajaan bertanggungjawab.

Menurutnya, kesemua bank terbabit dengan keputusan mengenakan caj membebankan pelanggan itu patut diambil tindakan undang-undang dan dikenakan denda setimpal.

“Melihat situasi terkini PPIM turut menyarankan kerajaan mengkaji balik fungsi BNM dalam mengawal selia industri perbankan negara ini supaya peranan agensi kerajaan itu lebih membela nasib pengguna dan pelanggan terdiri rakyat biasa.

“PPIM turut menyarankan pengguna dan pelanggan bank menyuarakan protes terhadap keputusan pihak bank secara berterusan dan besar-besaran, melalui penyerahan surat aduan kepada BNM dan PPIM sehingga pihak bank bersetuju memulangkan semula wang caj dikutip,” katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan BNM diminta campur tangan dalam isu caj perkhidmatan dikenakan pihak bank ke atas pelanggan kerana perlaksanaannya kelak dilihat membebankan pengguna.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, bank tidak sewajarnya mengaut keuntungan dengan cara sedemikian kerana sudah memperoleh keuntungan melalui simpanan pelanggan dan perkhidmatan pinjaman. – Sinar Harian

Tags: caj bankNadzim JohanPPIM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Masuk Akal Caj RM1,000 Untuk Ujian Covid-19

27/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan, terdapat segelintir pusat perubatan dan klinik swasta mengenakan caj tinggi bagi...

Ini Arak, Bukan Jus Epal Biasa!

25/10/2020
0

Poster PPIM menyebut Apple Fox adalah arak jenis cider yang mempunyai pembukusan seperti air jus biasa.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd