• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aksi Gajah Berenang Di Tasik Kenyir Jadi Tumpuan

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mamalia terbesar di darat iaitu gajah juga mempunyai kebolehan untuk berenang jauh dalam air menggunakan belalainya untuk bernafas di permukaan, namun peluang untuk menyaksikan haiwan itu berenang adalah sesuatu yang jarang diperoleh. 

Bagi Mohd Suwardi Muhamad Azmi, 37, pengalamannya terserempak dengan seekor gajah yang sedang berenang di Tasik Kenyir di Hulu Terengganu baru-baru ini sangat menggembirakan selain ia petunjuk bahawa Tasik Kenyir masih menjadi lokasi habitat semula jadi mamalia itu.

“Ini bukanlah kali pertama saya melihat sendiri gajah berenang. Sejak mula bergiat aktif dengan aktiviti memancing pada tahun 2004, ini adalah kali keempat saya melihat haiwan itu berada dalam air.

“Namun, tak sangka pula, video yang saya kongsikan di Facebook itu mendapat perhatian ramai. Mungkin kerana masih ramai tidak tahu bahawa gajah adalah mamalia yang boleh berenang, jadi aksi itu menjadi bualan di Facebook,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Video gajah sedang berenang berdurasi tiga minit 45 saat yang dimuat naik di Facebook Mohd Suwardi itu sehingga kini telah dikongsi oleh 355 pemilik akaun Facebook yang lain, menerima 374 tanda suka dan menerima 20,000 tontonan.

Mohd. Suwardi yang kerap memancing di Tasik Kenyir berkata selain gajah, banyak lagi haiwan yang boleh berenang seperti harimau, babi, beruk, kera, kambing hutan, kancil, kijang dan rusa.

“Ini pemandangan ‘biasa’ bagi kaki pancing di Tasik Kenyir. Ramai pemancing yang pernah bertembung dengan haiwan-haiwan ini ketika ia berenang, cuma tidak banyak yang merakam video atau gambar kerana ada kalanya cuaca tidak sesuai seperti hujan…kadang-kadang tergamam.

“Apa pun, yang penting kita jangan ganggu habitat haiwan ini. Jangan ganggu pergerakan mereka ketika berenang bimbang jika ia bertindak ganas pula. Biasanya, kami hanya lihat sahaja dan rakam video jika sempat sebagai kenang-kenangan,” katanya yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dr. Abdul Malek Mohd. Yusof berkata, gajah adalah antara haiwan liar yang masih terdapat di negeri ini.

“Perhilitan hanya akan menangkap gajah ini sekiranya mendapat maklumat daripada orang ramai haiwan ini mengancam keselamatan atau merosakkan harta benda seperti tanaman…sekiranya tiada biarlah ia hidup di habitat semula jadinya seperti biasa,” katanya.

Tags: Gajah berenangTasik KenyirTerengganu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

KPDN Terengganu Catat Rampasan Bernilai Lebih RM700,000 Sejak Januari

25/05/2025
0

Kuala Terengganu: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Terengganu merekodkan sebanyak 338 kes membabitkan pelbagai kesalahan dengan...

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

Hujan Berterusan Tahap Waspada Diramal Landa Sabah, Kelantan Dan Terengganu

22/03/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan peringkat waspada yang dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah, Kelantan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd