• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JPJ Nafi ‘Diskriminasi’ Pada Pemilik Ysuku

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan operasi penguatkuasaan membabitkan modifikasi motosikal hanya melibatkan pemilik motosikal jenis Yamaha 15ZR atau lebih popular dikenali Ysuku.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata, operasi penguatkuasaan modifikasi motosikal tidak mengikut spesifikasi JPJ melibatkan semua jenis motosikal dan tidak pernah memfokuskan kepada motosikal jenis Ysuku sahaja.

“Saya perlu perbetulkan, JPJ akan ambil tindakan terhadap semua jenis motosikal yang diubah suai tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan JPJ bukan Ysuku sahaja seperti ubah suai ekzos dan cermin (sisi),” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, trend modifikasi motosikal bukan sahaja melibatkan Ysuku tetapi membabitkan motosikal model lain yang boleh membawa risiko bahaya kepada pemiliknya.

Untuk rekod, netizen dalam media sosial mendakwa operasi penguatkuasaan JPJ dan polis melibatkan modifikasi motosikal Ysuku sahaja sekali gus menimbulkan salah faham pemilik motosikal berkenaan yang mendakwa menjadi mangsa keadaan terutama sekali motosikal yang tidak diubah suai.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata mekanisme terbaharu untuk menangani ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini bakal diketahui pada awal tahun hadapan.

Menurutnya, pasukan petugas khas yang dipertanggungjawab untuk meneliti kaedah sesuai menyelesaikan masalah tersebut kini sedang dalam proses membuat kajian dan akan dibawa ke peringkat Kementerian Pengangkutan untuk kelulusan.

“JPJ kini sedang bekerjasama dengan Jabatan Kastam dan agensi lain untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya.

Shaharuddin berkata, JPJ masih dalam proses mengkaji kemungkinan menentukan kesahihan kedudukan lokasi kenderaan berada di dalam negara ini menerusi sistem dalam talian ‘Ucustom’ yang dikendalikan oleh kastam.

Pada awal bulan ini, JPJ dalam satu kenyataan menyatakan ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga di negara ini berjumlah RM50 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos 2019 dengan lebih 50 peratus urus niaga pembaharuan dibuat di Sabah, Sarawak, Labuan dan Langkawi.

Tags: JPJmotosikalYamaha 15zrysuku
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd