• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KDN Digesa Siasat Gambar ‘Kahwin’ Zahid-Hadi Di Akhbar Cina

oleh
24/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) digesa menyiasat sebuah syarikat akhbar berbahasa Cina yang didakwa melakukan penghinaan dengan menyiarkan gambar ‘perkahwinan’ dua pemimpin PAS dan UMNO dalam keadaan tidak sopan menerusi gambar yang telah disunting.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, tindakan akhbar berkenaan menyiarkan gambar mengaibkan itu menunjukkan sikap biadab dan melampau.

“Saya menyeru semua rakyat Malaysia yang berbudi bahasa supaya mengecam penyiaran gambar yang disunting oleh akhbar berbahasa Cina itu.

“Ia adalah penyiaran tidak beretika, melampau dan biadab yang mengguris perasaan umat Islam, Melayu dan tidak baik dalam memupuk keharmonian antara kaum,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Ahmad Amzad berkata, pihaknya kesal dan mengutuk tindakan akhbar itu yang dilihat cuba ‘memanaskan’ dan menyuburkan kebencian.

“Akhbar diberi permit penerbitan bagi memupuk keharmonian kaum, namun ia memilih untuk ‘memanaskan’ lagi kebencian dengan penyiaran gambar yang di sunting itu.

“Mereka memilih untuk menyinggung usaha ini dengan menyemai kebencian ketika dua parti terbesar Melayu Islam mengajak perpaduan ummah seluruh rakyat dan disahut parti MCA, MIC, Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) serta pelbagai kaum yang cintakan keharmonian, kestabilan dan perpaduan,” katanya.

Tags: Abdul Hadi AwangAhmad Zahid Hamidiakhbar cinagambar kahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

Kami Pula Yang Dituduh Tidak Perjuangkan Agama – Akmal 

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pelbagai usaha dilakukan UMNO sejak dulu bagi memperkukuh pendidikan berteraskan Islam di negara ini, tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd