• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita OKU Guna Lidah Akses Internet Mahu Bantu Ibu

oleh Ahmad Albab
02/03/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Kecacatan tangan dan kaki dialaminya tidak menjadi penghalang kepada seorang wanita berusia 30 tahun di Kampung Gelong Gajah, Tobiar di sini untuk menerokai dunia luar dengan menggunakan perkhidmatan internet.

Nursamawati Mahmud yang melayari internet dengan menggunakan lidah untuk menaip perkataan dan mengakses maklumat pada telefon bimbit dan komputer riba miliknya berhasrat membantu mempromosikan produk kicap, sos dan cuka yang diusahakan ibunya sejak 10 tahun lepas.

“Saya cuba fikirkan macam mana nak kembangkan perusahaan mak saya ini. Sebelum ini kicap, sos dan cuka yang mak buat dipasarkan di sekitar daerah Pendang dan Pokok Sena sahaja dan kalau boleh saya nak gunakan internet untuk kembangkan perniagaan keluarga,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Menurut anak sulung daripada lima beradik itu, dia juga akan mewujudkan blog untuk menceritakan perjalanan hidupnya yang bergelar OKU dan mengalami kecacatan itu sejak berumur setahun dan bagaimana dia belajar menggunakan laman sosial seperti Facebook, WhatsApp, Instagram dan Wechat.

Prihatin dan tertarik dengan kegigihan Nursamawati, Clixster Mobile Sdn Bhd tampil menghulurkan bantuan dengan menyumbang sebuah telefon pintar dan menaja pakej internet sepanjang hayat.

Chief Communications Officer Brands and Media, Hazran Mohamed (kiri) menyerahkan telefon pintar yang baharu kepada Nursamawati Mahmud, 30, (tengah) yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di Kampung Gelong Gajah, Tobiar di sini, semalam.  - Foto BERNAMA
Chief Communications Officer Brands and Media, Hazran Mohamed (kiri) menyerahkan telefon pintar yang baharu kepada Nursamawati Mahmud, 30, (tengah) yang juga orang kelainan upaya (OKU) ketika ditemui di Kampung Gelong Gajah, Tobiar di sini, semalam. – Foto BERNAMA

Ketua Pegawai Komunikasi Jenama dan Media syarikat itu, Hazran Mohamed berkata sumbangan itu diharap dapat membantu Nursamawati menggunakan perkhidmatan internet tanpa had seumur hidupnya untuk bersosial, mengakses isu semasa dan sebagainya.

“Sumbangan yang kamia berikan ini diharap dapat dimanfaatkan untuk melakukan sesuatu untuk menceriakan dan mengubah kehidupannya,” katanya.

Nursamawati yang gembira dengan sumbangan itu berkata dia mula melayari laman sesawang dan laman sosial sejak tahun 2010 selepas diperkenalkan oleh rakan baiknya.

“Sebelum ini saya malu untuk berhadapan dengan orang ramai sebab saya tak sempurna macam orang lain. Dengan adanya laman sosial saya mampu untuk berkawan dan rakan-rakan kampung dan laman sosial banyak beri semangat untuk saya teruskan kehidupan.

“Saya sekarang tak macam dulu lagi dan mahu buktikan orang kelainan upaya mampu melakukan perkara seperti orang normal,” katanya yang kini mempunyai kira-kira 1,400 rakan di Facebook.

Ibunya Saudah Shaari, 52, berkata anak sulungnya itu memerlukan penjagaan sepenuhnya seperti menyuap makanan, mandi dan memakai pakaian kerana dia tidak mampu untuk melakukan sendiri.

Katanya dia amat kagum dengan kesungguhan anak sulungnya itu yang tidak mengenal erti susah untuk menguasai sesuatu walaupun terpaksa menggunakan lidah.

“Sejak pandai menggunakan internet hidup dia dah tak murung lagi seperti dulu. Keadaan banyak berubah sebab masa yang ada dihabiskan dengan melayari internet,” katanya.- BERNAMA

Tags: OKU
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

OKU Rugi Lebih Setengah Juta Terperdaya Tawaran Kerja Tidak Wujud

19/07/2025
0

GEORGETOWN: Pembuat kek yang juga lelaki berstatus orang kurang upaya (OKU) kerugian RM523,350 akibat terperdaya dengan tawaran kerja tidak wujud....

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

Pemandu Kereta Langgar Veteran Komando, Anak Disahkan OKU Mental

09/03/2025
0

Padang Besar: Pemandu kereta Honda Civic yang disyaki memandu dengan laju sehingga merempuh motosikal dinaiki veteran komando tentera dan anaknya di Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd