• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jerebu: Kes Penyakit Asma, Konjunktivitis Meningkat

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes penyakit asma dan konjunktivitis mencatatkan peningkatan di seluruh negara dari 15 hingga 21 September berbanding minggu sebelumnya akibat jerebu, kata Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kes penyakit asma meningkat 3.5 peratus daripada 1,222 kepada 1,265 kes, manakala penyakit konjunktivitis meningkat kepada 403 kes, atau 51.4 peratus daripada 266 kes pada tempoh sama.

“Bagaimanapun, penyakit jangkitan saluran pernafasan (URTI) menunjukkan penurunan 9.6 peratus (8,258 kepada 7,465 kes) pada tempoh sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hisham berkata, Kementerian Kesihatan sentiasa memantau penyakit berkaitan jerebu di 33 Fasiliti Sentinel Jerebu dan menasihatkan orang ramai, khasnya golongan berisiko tinggi dan mereka yang menghidap asma, bronkitis, radang paru-paru, sakit jantung dan alahan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu.

Orang ramai boleh mendapatkan langkah pencegahan untuk mengurangkan kesan kesihatan akibat jerebu dengan melayari http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/183.

Orang ramai juga disaran mengikuti perkembangan semasa jerebu dan menyemak bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tempat masing-masing dengan melayari http://apims.doe.gov.my/ dan mematuhi saranan pihak berwajib bagi setiap julat bacaan IPU.

Setakat 11 pagi ini, satu lokasi mencatat bacaan kualiti udara sangat tidak sihat, iaitu 214 di Johan Setia, Klang.

Sebanyak 36 kawasan lagi merekodkan IPU tidak sihat dan kualiti udara sederhana di 30 kawasan lain.

Tags: asmaJerebukonjunktivitisPenyakit
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan Diaktifkan

04/03/2025
2

PUTRAJAYA: Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) sudah diaktifkan bagi membolehkan semua pihak meningkatkan pemantauan terhadap pembakaran terbuka yang boleh...

Hamas Lancar Serangan Balas Terbesar, Bedil 5,000 Roket Ke Atas Israel

Sekolah Ditutup Jika IPU Capai 200

07/10/2023
0

GEORGE TOWN: Sekolah-sekolah boleh ditutup sekiranya situasi jerebu semakin teruk di kawasan masing-masing dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd