• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Tanjung Piai Diselubungi Isu Semasa, Kebimbangan Rakyat

oleh
23/09/2019
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Terlalu awal untuk menentukan sama ada Pakatan Harapan (PH) mampu mengekalkan kerusi yang dipegang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas setahun lebih PH mentadbir Putrajaya.

Penganalisis politik daripada Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr. Awang Azman Awang Pawi berkata, ini kerana terdapat banyak isu dan kebimbangan rakyat dalam politik semasa.

“Suasana politik kini tak sama seperti sebelum PRU di mana penolakan Barisan Nasional (BN) sangat ketara. Kini BN mulai bangkit dan bekerjasama dengan PAS.

“Saya jangka kerusi Parlimen Tanjung Piai tetap diserahkan kepada MCA meskipun majoriti pengundi 51 peratus ialah Melayu. Meskipun selepas UMNO dan PAS bersatu, mereka akan buktikan bahawa UMNO dan PAS tidak rasis, masih beri peluang kepada MCA meskipun 90 peratus Cina menyokong PH pada PRU lepas,” katanya kepada Sinar Harian.

Namun katanya, jika MCA masih gagal menang dalam pilihan raya kecil (PRK) ini, dan orang Cina tetap menolak MCA dan BN, maka UMNO dan PAS terpaksa mengambil alih kerusi tersebut pada masa akan datang.

“Signifikan PRK ini ialah sejauh manakah undi orang Cina mahu kembali menyokong MCA dan BN.

“Selain itu, ia kayu uji kepada parti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dipimpin Tun Dr. Mahathir Mohamad sama ada dilihat semakin popular atau sebaliknya,” katanya.

Jelasnya, signifikan seterusnya sejauh mana UMNO dan PAS selepas bekerjasama mampu memberikan kemenangan dalam PRK ini.

“Ia menilai ujian populariti kerjasama UMNO dan PAS, dan penerimaan orang Cina terhadap BN.”

Kerusi Tanjung Piai kosong selepas Ahli Parlimennya, Datuk Dr. Farid Md Rafik, 43, meninggal dunia akibat sakit jantung di Hospital Pontian, Johor kira-kira jam 6 pagi semalam.

Allahyarham yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanding di Parlimen Tanjung Piai atas tiket Bersatu pada PRU14 dan menewaskan Datuk Wee Jeck Seng daripada MCA. – Sinar Harian

Tags: Barisan NasionalMCAPASPRK Tanjung PiaiUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

UMNO Seru Umat Islam Pertahan Kesucian, Keselamatan Tanah Haram

21/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan Makkah al-Mukarramah dan Madinah al-Munawwarah mesti kekal terpelihara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd